[ad_1]
Baru-baru ini, aktress jelita Datin Intan Najuwa sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila video percutiannya bersama suami, Datuk Ahmad Asraf Azman di New Zealand menjadi tular di media sosial.
‘Buntu nak masak apa’
@intannajuwaaa Gi la jauh mana pun, tetap kena masak ye ? Macam macam menu dah ni sampai dah buntu nak masak apa. ? So grateful for the halal market here, kicap kipas udang pun ada k ?
? Kamulah Takdirku – Raffi Ahmad
Terbaharu, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi di TikTok video masakannya sepanjang dia bercuti bersama suami.
Menerusi pemerhatian terdapat pelbagai jenis lauk yang dapat dilihat menerusi video tersebut.
Di ruangan kaspyen, pelakon berusia 27 tahun itu mendedahkan bahawa walaupun bercuti di negara orang, dia tetap memilih untuk memasak buat suaminya.
Pergi la jauh mana pun, tetap kena masak ye. Macam- macam menu dah ni sampai dah buntu nak masak apa.
Dalam pada itu, Intan bersyukur kerana terdapat pasar raya halal di New Zealand yang memudahkannya untuk mencari barang masakan halal.
Sangat bersyukur ada pasar raya halal dekat sini, kicap kipas udang pun ada.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dengan kerajinan Intan kerana tetap memasak walaupun sedang bercuti.
Bukan itu saja, warganet juga menyatakan Asraf sangat bertuah kerana mempunyai seorang isteri yang cantik, pandai dan juga rajin.
Sekadar info, Intan selamat bergelar isteri kepada Asraf yang juga ahli perniagaan dalam majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di sebuah resort di Desaru Coast, Johor, pada 18 Ogos lalu.
[ad_2]