[ad_1]
Seorang pekerja kilang maut dalam keadaan ngeri di mana dia direbus hidup-hidup selepas terjatuh ke dalam tangki besar karamel di kilang gula Slavyanka di Stary Oskol, Rusia.
Tidak menangis
Menerusi laporan Daily Star, ketika kejadian mangsa sedang membersihkan tangki tersebut dan apabila dia terjatuh karamel mula masuk ke dalam pengadun.
Menurut rakan sekerja, mereka hanya menyedarinya selepas melihat kakinya ‘mencucuk keluar’ kerana mangsa tidak menangis ataupun menjerit meminta tolong.
Malah, mereka turut terkejut namun tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya ketika itu.
Dia tidak menangis, tiada bunyi lain kedengaran. Dia sedang membersihkan mesin pengadun apabila karamel tiba-tiba mula mengalir ke dalam mangkuk.
Dia direbus hidup-hidup. Karamel itu dikeluarkan dari tangki besar dan barulah mayatnya dikeluarkan.
Pihak pengurusan di kilang tersebut, berusaha sedaya upaya untuk menutup kemalangan tersebut dengan mengancam pekerja mereka yang cuba mendedahkan butiran mengenainya.
Walau bagaimanapun, butiran tragedi itu tular di media sosial dan ia disahkan oleh Jawatankuasa Penyiasat, yang sedang menyiasat kematian itu.
Menurut penduduk tempatan, ini adalah kemalangan yang ketiga terjadi di kilang tersebut.
[ad_2]