[ad_1]
Kesan daripada pandemik Covid-19 terhadap perusahaaan kecil sederhana dikatakan memberi cabaran terhadap ekonomi negara serta peniaga itu sendiri. Ia secara langsung menyebabkan banyak aktiviti dari pelbagai sektor berjalan dengan kadar perlahan.
Begitu juga yang dihadapi oleh seorang usahawan yang kami temui. Sepanjang 30 tahun tahun penglibatannya dalam perniagaan cili dan makanan tradisi Melayu, ada banyak pasang surut yang beliau telah hadapi.
Roseline Ong, pemilik dan pengasas Lizar Chili berkongsi kisah disebalik perniagaannya sejak sebelum pembukaan dan sehinggalah ke hari ini. Kalau nak tahu apa, jom baca dulu…
“Mulakan bisnes sejak 30 tahun lalu”
“Pada awalnya saya bekerja dengan kakak saya di pasar SS2, kedainya sendiri. Tetapi setelah melihat pasar tu tak berapa strategik, jadi saya survey semua pasar yang ada dan akhirnya kini bertempat di Pasar Besar TTDI. Saya meneruskan perniagaan ini bersama adik saya sehinggalah sekarang.”
Dikatakan bahawa beliau telah pun memulakan perniagaannya sejak 30 tahun lalu dan kini bisnesnya masih berjalan seperti biasa tetapi bersama adiknya pula.
Mengekalkan tradisi baba nyonya
Bila ditanya kenapa Lizar Chili menjual makanan seperti rempah, cili dan kuih-muih, beliau berkata ini kerana rakyat Malaysia gemarkan makanan-makanan yang mengikut tradisi nenek-moyang dahulu.
“Saya decide untuk membuka kedai yang menjual makanan seperti ini kerana rakyat Malaysia ni suka memasak. Macam yang semua tahu, rempah-rempah dan cili diguna pakai oleh semua orang untuk memasak. Kalau takde bahan seperti ini, mungkin agak susah sedikit lah.”
Selain rempah dan cili kering, beliau juga menjual aneka kuih-muih yang disukai dan memenuhi cita rasa semua orang.
Sentiasa murah hati dengan pelanggan yang datang
Kalau korang nak tahu, Lizar Chili terkenal dalam kalangan penduduk tempatan tau! Nak tahu kenapa? Ha.. disebabkan kemurahan hati Aunty Roseline sendiri. Meskipun dengan sekecil-kecil kebaikan seperti memberikan sedikit daun kari kepada pelanggan yang datang ke kedainya.
Bukan tu saja, ramai juga pelanggan yang mengatakan bahawa pengusaha Lizar Chili ni sangat jujur dan pemurah.
“Saya selalu memberi ‘hadiah’ kepada pelanggan, kalau mereka beli banyak saya akan bagi mereka buah tangan. Kadang-kadang saya juga berikan kepada rakan penghantaran Grab, contohnya pisang dan sebagainya.”
Bijak memilih rakan niaga yang sesuai
Bagi Roseline Ong, rakan niaga yang sesuai memainkan peranan penting untuk setiap perniagaan. Rakan niaga yang sesuai dapat membantu perniagaan dari segi kos dan operasi. Teknologi GrabMart dan platform online adalah rakan niaga yang beliau pilih untuk Lizar Chili.
“Sepanjang perniagaan saya termasuklah ketika PKP, adalah sangat memberangsangkan. Bisnes saya berkembang dengan adanya Grab. Ini memudahkan semua orang termasuk saya sendiri. Lagi-lagi bila waktu pandemik macam ni, ramai yang takut nak keluar rumah. Jadi, kalau mereka perlukan bahan untuk dimasak, mereka hanya order guna Grab je.”
Tambah beliau lagi, selain daripada langkah ini, pengurusan di kedai dan dalam talian agak berbeza. Perkhidmatan platform digital ini memainkan peranan yang penting untuk pelanggan dalam taliannya.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Lizar Chili, jom tengok video dekat bawah dulu:
Teknologi Grab bantu untuk tingkatkan & mendigitalkan perniagaan korang!
Grab adalah jalan mudah bagi semua peniaga untuk mendigitalkan perniagaan di mana ia juga akan memberikan satu kemudahan kepada pelanggan. Dengan perkhidmatan dalam talian seperti ini amat lah berkesan untuk korang mengembangkan perniagaaan dengan lebih luas.
Korang juga tak perlu dah nak fikir tentang masalah kewangan untuk membuka kedai fizikal. Dengan kerjasama Grab ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk memenuhi permintaan pelanggan dan juga memperluas jangkauan kepada jutaan pengguna dari aplikasi ini. Senang kan?
[ad_2]