Home Trending 4 Cara Untuk Memikat Hati Pelanggan Untuk Membeli Dengan Gembira!

4 Cara Untuk Memikat Hati Pelanggan Untuk Membeli Dengan Gembira!

0
4 Cara Untuk Memikat Hati Pelanggan Untuk Membeli Dengan Gembira!

[ad_1]



Zaman sekarang, korang boleh nampak perniagaan secara dalam talian kian banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Sesiapa saja boleh mulakan bisnes, tak kisahlah samada menjual makanan, barangan atau pakaian.

Nampak macam mudah tapi sebenarnya kalau bukan dengan cara yang betul, perniagaan tersebut mungkin takkan maju. Jika servis korang pada pelanggan tak memuaskan, mereka akan komplen dan akan mempengaruhi pelanggan yang lain.

Jadi, mesti guna cara yang bijak untuk memenangi hati mereka tanpa merugikan perniagaan korang. Kalau korang tak pasti cara yang betul untuk mulakan perniagaan, ini tips yang korang boleh cuba sebagai permulaan.

1. Pelbagaikan jualan

Korang boleh cuba untuk pelbagaikan jualan produk korang iaitu tidak tertumpu pada satu barangan saja. Kalau korang jual tudung secara online, boleh lah selitkan dengan menjual baju, seluar, skirt, handbag dan scarf.

Tujuannya supaya pelanggan boleh dapatkan semua keperluan mereka dari korang. Kadang-kadang ada juga pelanggan yang urgent nak guna barang yang mereka beli tu. Jadi tak perlu buka page lain lagi. Ini sangat dapat memudahkan mereka.

Kalau ada sistem delivery terus kepada pelanggan pun mudah juga, contohnya guna GrabExpress atau perkhidmatan korang sendiri.

2. Harga yang munasabah

Ini adalah lagi satu perkara yang amatlah penting terutamanya di Malaysia. Belum apa-apa lagi, pelanggan sudah bertanyakan tentang harga. Ramai pengguna kini ialah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat pembelian.

Jadi, korang mesti tawan pengguna dengan memberikan produk dan perkhidmatan pada harga yang bersesuaian dengan kualiti produk korang termasuklah caj penghantaran atau lain lain.

3. Sentiasa menambah baik kualiti

Korang pernah dengar tak slogan “customer is always right?” Ini menggambarkan betapa pentingnya pelanggan terhadap sesuatu peniagaan. Mendengar maklum balas pelanggan merupakan satu kaedah untuk korang menambah baik kualiti produk atau servis.

Setiap pelanggan memang suka kalau korang mengambil berat dalam setiap maklum balas yang diberi. Sebagai contoh, korang boleh try tanya feedback dari customer selepas mereka membuat pembelian. Dalam pada itu, bolehlah menambah baik kualiti produk korang.

4. Bagi benefit kepada pelanggan setia korang!

Pastikan korang sentiasa follow up pelanggan supaya mereka berasa senang membeli dengan korang. Dengan cara ini, korang akan peroleh pelanggan setia yang akan tolong promote produk kepada orang lain jugak. Pemasaran yang paling kuat adalah buah mulut atau testimoni dari seorang pelanggan kepada orang lain.

Hantar terus barang kepada customer, baru lah puas hati! 

Kalau korang rasa susah nak buat bisnes online sebab ada masalah transport atau takde masa nak delivery barang kepada customer, korang guna je aplikasi GrabExpress 4-Hour delivery. 

Bukan kata esok lusa baru customer korang boleh dapat barang yang dipesan tu, tapi mereka akan terima pada hari yang sama juga!

So buat pelanggan korang yang memerlukan items mereka dengan segera, korang boleh je guna GrabExpress 4-Hour Delivery! Bukan setakat cepat, malah jauh lebih murah dan korang dapat berjimat sebanyak 50% tau.

Haa.. kalau korang tak tahu macam mana nak guna GrabExpress 4-Hour Delivery ni,boleh ikut steps di bawah:

  • Buat pesanan terlebih dahulu
  • Grab akan detect rider dalam masa satu jam, jadi korang tak perlu risau.
  • Bila dah ada rider, korang akan diberitahu dimana lokasi rider tersebut berada.
  • Selepas itu, boleh terus berikan item tersebut kepada rider dan perlu labelkan item korang, tulis nama, alamat supaya rider tahu untuk langkah selamat.
  • Item korang akan dihantar dalam masa 4 jam dan seterusnya akan mendapat bukti penghantaran juga daripada mereka.
  • Perkhidmatan ini hanya tersedia dari 12pm – 4pm sahaja.

Steps 1, 2, 3 dan 4:

The following two tabs change content below.

[ad_2]