Home Trending Puteri Sarah Mengkritik Kenyataan Yang Boleh Membawa Fitnah

Puteri Sarah Mengkritik Kenyataan Yang Boleh Membawa Fitnah

0
Puteri Sarah Mengkritik Kenyataan Yang Boleh Membawa Fitnah

[ad_1]



Pelakon Puteri Sarah Liyana, meluahkan rasa kesal apabila timbul gosip yang mendakwa dirinya bakal berkahwin dengan rakan perniagaan yang juga aktor Indonesia, Andi Arsyil.

Kami teman rapat

Menurut Puteri Sarah, dia berasa sangat kurang selesa kerana dakwaan tersebut boleh menimbulkan fitnah, apatah lagi, mereka berdua sekadar teman rapat dan sedang giat menjalankan perniagaan bersama.

Hubungan saya dengan Andi buat masa ini memang hanya rakan perniagaan, di mana kami jual produk penjagaan kulit dan tudung bersama. Ia tidak lebih daripada itu pun. Saya tak suka bila ada orang keluarkan kenyataan sedemikian kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Kalau Andi tahu, dia pun mungkin tak suka.

Untuk seseorang keluarkan kenyataan begitu bagi pihak saya, itu memang tak manis. Kawan-kawan saya pun tak pernah cakap atau keluarkan kenyataan begitu. Tiba-tiba, seseorang memandai-mandai keluarkan kenyataan begitu.

Disoal sama ada mempunyai perancangan untuk berkahwin semula ataupun tidak, bekas isteri Syamsul Yusof ini memberitahu dia belum berfikir ke arah itu.

Bukan sekarang dan belum masanya lagi. Sekarang, saya nak fokus kepada anak-anak dan perniagaan. Insya-Allah, saya akan mulakan penggambaran semula pada akhir bulan ini.

 Sekarang, saya memang 100 peratus tumpukan kepada perniagaan selepas selesai penggambaran beberapa drama dan teater selesai.

The following two tabs change content below.

[ad_2]