[ad_1]
Pelakon Fathia Latiff memberitahu dia tidak berniat untuk merampas atau menghancurkan rumah tangga Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson berikutan kenyataan yakin aktor itu masih mencintai dirinya.
Buat apa nak rampas
Menurut Fathia atau nama sebenarnya Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, dia sudah mempunyai teman lelaki dan kekasihnya itu lebih kacak berbanding Aiman. Bagaimanapun pelakon drama ‘Ariana Rose’ ini tidak merancang untuk mendedahkan identiti atau wajah jejaka tersebut.
Bukan saya nak menghancurkan rumah tangga orang tapi boyfriend saya lagi ‘hot’ daripada suami dia (Zahirah). Jadi buat apa saya nak rampas.
Fathia berkongsi perkara tersebut menerusi satu sesi siaran langsung yang dibuat menerusi TikTok. Sebelum ini, Fathia kembali menjadi perhatian ramai apabila dilihat kerap berkongsi secara terbuka kisah lama selain membandingkan dirinya dengan Zahirah.
[ad_2]