Home Trending Erra Fazira Bantah Gosip Gambar Perkahwinan Dipaparkan di Dinding Rumah – ‘Itu Fitnah’

Erra Fazira Bantah Gosip Gambar Perkahwinan Dipaparkan di Dinding Rumah – ‘Itu Fitnah’

0
Erra Fazira Bantah Gosip Gambar Perkahwinan Dipaparkan di Dinding Rumah – ‘Itu Fitnah’

[ad_1]



erra fazira kahwin lagi?

Pelakon Erra Fazira menyifatkan gosip yang mengatakan terdapat gambar perkahwinannya dalam rumah sebagai satu fitnah.

Satu fitnah

erra fazira

Ketika ditemui Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 50, berkata dia enggan mengambil pusing mengenai dakwaan tersebut.

Malah, akres jelita itu bertindak memaafkan pemfitnah terbabit.

Itu semestinya satu fitnah dan saya macam terkejut gambar apakah itu. Saya memaafkan orang fitnah itu.

Saya mengetahui diri saya dan bila dengar mengenai fitnah itu saya ketawa sahaja.

Saya dah minta berhenti dakwaan sebegitu sejak dari dulu lagi. Tapi tetap berulang lagi.

Erra berkata demikian ketika ditemui pada sidang media tayangan bersiri drama Rampas Cintaku 2 yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Tak tutup pintu hati

erra fazira tak jumpa pengganti

Sementara itu, pelantun lagu Pasrah itu menegaskan dirinya masih berstatus ibu tunggal.

Saya masih ibu tunggal, bahkan sudah bertahun-tahun. Tapi saya tidak pernah menutup pintu hati. Mungkin rezeki belum lagi.

Saya pun tak tahulah yang mahu menggosipkan mungkin ada hikmahnya, ada pro dan cons. Ini bermakna orang masih berminat nak tahu tentang kisah peribadi saya.

Kadang kadang bila kita dah sampai pada satu tahap usia, tak terfikir dah soal begitu (kahwin).

Kalau dulu, nak kahwin mesti nak mewah mewah, meriah, panggil semua orang. Di usia begini tidak lagi.

Saya bahagia dengan kehidupan saya yang sekarang. Bagi saya kebahagiaan bukan bergantung dengan manusia.

Terdahulu, tular gosip mengatakan terdapat foto perkahwinan Erra dengan seorang ahli politik tergantung di dinding rumahnya.

Malah, goip tersebut dikatakan dibuat oleh seorang selebriti selepas berkunjung ke rumahnya.

Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan penyanyi, Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003, namun disahkan bercerai pada 16 Jun 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga sekali lagi drngan Engku Emran pada 25 Oktober 2007, namun mereka bercerai pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.

The following two tabs change content below.

[ad_2]