[ad_1]
Nak berniaga bukanlah sesuatu yang senang, apatah lagi kalau baru nak bermula. Ada masa kita di bawah dan ada masa kita di atas. So, penting untuk kita ada kekuatan fizikal dan mental yang tinggi untuk mulakan perniagaan.
Begitu juga dengan seorang usahawan restoran yang kami temui ini. Sepanjang 4 tahun penglibatannya dalam perniagaan restoran, ada banyak pasang surut yang perlu beliau hadapi.
Che Bakri Bin Shafiei, 30, merupakan pemilik dan pengasas Warung Soho berkongsi kepayahan, cabaran dan kisah sebenar apa yang beliau lalui sepanjang perniagaannya dengan OHBULAN!. Kalau korang nak tahu rahsia jualannya meningkat, teruskan membaca!
Sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran
Jalan pengusahaan tidak akan sentiasa lancar dan lurus. Korang sebagai usahawan perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran yang datang di luar jangkaan. Contohnya wabak Covid19 yang telah menjejaskan seluruh dunia termasuk ekonomi negara kita. Begitu juga dengan Che Bakri.
“Sebelum adanya Warung Soho, saya memang tiada pengalaman dan tak tahu memasak. Belajar memasak pun sebab pernah bekerja di kedai makan selama 6 bulan dengan gaji RM1000 sebulan. Lepas dah 6 bulan berkuli, saya ambil keputusan untuk berhenti dan mula buka Warung Soho bermula April 2016.”
Dari gaji RM1000 sebulan sehingga sekarang sudah menjadi pemilik Warung Soho, Che Bakri telah nikmati hasil titik peluh nya sendiri.
“Ia agak bernilai selepas pelbagai cabaran yang telah kami hadapi, apa apa pun anda kena bersedia dengan segala cabaran yang akan datang. “
Bertindak segera terhadap pelbagai situasi & cabaran
Che Bakri mengakui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada perniagaannya. Ia menjadi sukar kerana pelanggan tidak dibenarkan menjamu selera di restoran lagi. Tapi Che Bakri ni peka dengan situasi, beliau fokus pada segmen food delivery supaya perniagaanya tak terhenti akibat PKP.
Halangan yang lain pun turut muncul apabila Che Bakri merasakan sedikit susah untuk dapatkan bekalan bahan mentah dan membuat penghantaran kepada pelanggan. Jadi, beliau mengambil langkah untuk bergerak seiring dengan teknologi dan juga situasi semasa dengan bergantung kepada aplikasi penghantaran Lalamove yang sedia ada.
“Masa PKP, nak beli barang basah agak susah. Nak keluar pun seorang saja boleh. Jadi, dengan adanya perkhidmatan penghantar ia sangat membantu menyelesaikan masalah ketika itu.”
Dengan strategi ini, Warung Soho dapat survive ketika PKP dan sales harian mereka juga meningkat dari 30% hingga 50%.
“Selain menggunakan penghantaran Lalamove, saya juga mempunyai kedai virtual sendiri – iaitu Warung Soho Online malah sebelum PKP. Dengan kata lain, saya sudah bersedia dan dapat bertindak balas dengan segera terhadap situasi terkini melalui sumber digital yang saya ada.”
Pilih rakan niaga yang sesuai
Bagi Che Bakri, rakan niaga yang sesuai memainkan peranan penting untuk setiap perniagaan. Rakan niaga yang sesuai dapat membantu perniagaan dari segi kos dan operasi.
Teknologi penghantaran Lalamove dan platform online ni lah rakan niaga yang Che Bakri pilih untuk Warung Soho. Mana taknya, dia tak perlu bayar untuk kos yang tak sepatutnya dikeluarkan.
“Hanya bayar untuk apa yang diperlukan. Jimat untuk tempoh yang lama dan walaupun perniagaan anda berkembang, kos dari rakan niaga anda mestilah tetap konsisten sepanjang masa.
Che Bakri memberikan contoh tentang penggunaan platform Lalamove. Beliau dapat mengelakkan kos gaji pemandu dan kos penyelenggaran kenderaan sendiri.
“Bayangkan jika saya memilik aset-aset tetap ini semasa PKP, saya perlu membayar kos sepenuh malah saya tidak menggunakannya sepenuhnya.”
Melalui konsep perbelanjaan yang tangkas ini, Che Bakri dapat mengembangkan lagi perniagaan yang ada dengan membelanjakan kosnya ke tempat yang penting saja.
Pelbagaikan cara pembelian untuk bina perniagaan mampan
Sepanjang 4 tahun dalam bidang food and beverage, Che Bakri berkata Warung Soho memegang teguh prinsip ‘customers always right’ dan mereka amat mengutamakan pelanggan. Mereka juga akan pastikan sajian mereka sentiasa konsiten dari segi rasa demi kepuasan hati pelanggan.
Tambahnya lagi, pelanggan Warung Soho bukan saja boleh dine-in tapi mereka juga boleh memesan makanan secara atas talian di Instagram Warung Soho. Ini membolehkan Warung Soho mendapat pelanggan dengan tingkahlaku pembelian yang berbeza.
Selain tu, dengan cara ni jugak Che Bakri boleh mendapat lebih banyak pelanggan dari pasaran yang berbeza. Pengurusan di kedai dan dalam talian agak berbeza. Menurut Che Bakri, perkhidmatan Lalamove memainkan peranan yang penting untuk pelanggan dalam taliannya.
Feedback yang bagus juga diterima daripada kalangan pelanggannya tentang kualiti makanan dan kecekapan penghantaran.
Warung Soho memanfaatkan platform teknologi
Sebagai salah satu faktor utama kejayaan Warung Soho, admin mengajak pihak Lalamove untuk bagi pandangan la sikit tentang kisah kejayaan Warung Soho. Ini kata Shen Ong, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia.
“Kami kagum dengan pencapaian Warung Soho. Mereka telah menunjukkan satu contoh yang baik tentang betapa pentingnya teknologi bagi perniagaan. Seperti yang diperkatakan Warung Soho, e-digital ni boleh membantu para usahawan untuk lebih bersedia terhadap cabaran yang akan datang, sementara membina perniagaan yang mampan.
Lalamove telah menghantar untuk Warung Soho sejak tahun 2018. Secara purata, mereka membuat sebanyak 140 pesanan food delivery sebulan untuk Warung Soho.
“Sebagai rakan penghantar Warung Soho, kami membenarkan mereka memilih modul penghantaran yang paling sesuai untuk perniagaan mereka. Oleh itu, kami tidak akan melaksanakan sistem seperti “perbelanjaan minimum” atas perkhidmatan kami. Warung Soho dan peniaga lain dapat memilih kapasiti penghantaran yang paling sesuai dengan bajet dan inventori perniagaan mereka,”
Che Bakri berkongsi kebolehan Lalamove dalam menjaminkan mereka mendapat rider penghantaran secara segera. Selain itu, yang lebih penting, servis mereka dapat membantu perniagaannya mencapai kedua-dua tujuan menjimatkan kos dan mengembangkan perniagaan.
“Servis ini memang terbukti meningkatkan sales food delivery terutamanya untuk kedai virtual saya. Yang paling best, kos penghantaran mereka juga agak rendah, RM4 tambang asas saja. Nak tak nak, kita perlu bergerak seiring dengan situasi pandemik dan keadaan ekonomi yang tak tentu bila akan kembali pulih ni.”
Lalamove akan menawarkan kredit penghantaran berjumlah RM100 untuk peniaga yang mendaftar dengan akaun korporat Lalamove. Peniaga yang berminat boleh mengisikan butiran di borang ini.
Manakala peniaga yang ingin mencuba perkhidmatan penghantaran Lalamove tanpa mendaftar akaun korporat boleh menggunakan kod promosi “JIMATLEBIHOH” untuk mendapatkan diskaun RM12 untuk penghantaran pertama mereka sebelum 31 Ogos 2020.
[ad_2]