[ad_1]
Penyanyi Wani Kayrie meluahkan rasa gembira dan bangga apabila diundang untuk membuat persembahan di acara berprestij iaitu 28th Asian Television Awards di Vietnam, pada 12 dan 13 Januari ini.
Harumkan nama Malaysia
Ketika dihubungi , Wani atau nama lengkapnya Syazwani Abdullah berkata, dia juga berasa teruja menjadi wakil tunggal negara sekali gus dapat mengharumkan nama Malaysia.
Perasaan saya sudah pasti berasa sangat teruja dan gembira walaupun ini merupakan kali ketiga saya mewakili Malaysia ke Asian TV Awards.
Rasa teruja sebab saya bawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa dan saya satu-satunya wakil negara. Memang bangga dapat mengharumkan nama Malaysia.
Dalam masa sama, penyanyi berusia 24 tahun itu meyifatkan peluang tersebut sebagai ‘hadiah’ bagi menebus kekecewaannya yang sebelum ini apabila lagu ‘Kamu-Kamu’ gagal ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38).
Sebelum ini memang agak kecewa sebab lagu Kamu Kamu tidak layak ke peringkat AJL, tapi semestinya ini adalah rezeki lain dan satu kejayaan untuk diri saya.
Bak kata orang, tidak dapat sesuatu itu, Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan peringkat yang lebih tinggi iaitu di luar negara.
Saya anggap ini satu kejayaan yang telah saya tebus. Saya mengharapkan persembahan saya dipermudahkan dan harapnya rakyat Malaysia tonton persembahan saya.
Difahamkan Wani bakal membawakan tiga buah lagu yang mana dua daripadanya lagu miliknya iaitu Fajar dan Kamu Kamu, manakala sebuah lagi lagu berjudul Bang Bang nyanyian asal Ariana Grande, Nicky Minaj dan Jessie J.
[ad_2]