[ad_1]
Penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini Raharja meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk kembali bertemu dengan peminat di Malaysia menerusi konsert Lovecheastra Mahalini Live In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 3 Februari hadapan.
Lovecheastra Mahalini Live In Kuala Lumpur
Ketika ditemui di sidang media Lovecheastra Mahalini Live In Kuala Lumpur pada Sabtu, Mahalini atau nama sebenarnya Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja berkata, dia bakal memberi kelainan pada konsert kali ini termasuk menampilkan buah hatinya, Rizky Febian.
Istimewanya juga, Rizky akan turut bersama saya membuat persembahan. Ini merupakan kali pertama kami berdua berada di atas satu pentas di Malaysia.
Sejujurnya saya gementar setiap kali membuat persembahan di Malaysia berbanding Indonesia. Mungkin kerana suasana dan dari segi penyesuaian bahasa.
Bercerita dengan lebih lanjut, Mahalini menjelaskan bahawa sedikit perubahan susunan lagu jika dibandingkan dengan konsertnya pada tahun lalu. Tambahnya lagi, konsert kali ini juga menggabungkan gubahan dan susunan muzik orkestra.
Sebenarnya idea di sebalik konsert ini muncul ketika konsert FABULA 1.0 dan 2.0 tahun lalu, saya ingin memberikan sajian pertunjukkan dan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya dengan konsep muzik, busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik.
Sekadar info, Lovecheastra Mahalini Live In Kuala Lumpur bakal menemui peminat pada 3 Februari 2024 bermula 8 malam di Megastar Arena, KL@Sungei Wang Plaza dengan bintang undangan khas, Rizky Febian. Konsert ini dibawakan istimewa oleh jenama kosmetik tersohor negara, Alha Alfa bersama syarikat penganjur konsert, Kharisma Music.
[ad_2]