[ad_1]
Baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan khidmat penyampai radio, Tyzo ditamatkan serta merta oleh sebuah stesen radio swasta kerana meminta kenaikan gaji yang tinggi selepas memenangi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-38.
‘Tunggu kenyataan mereka’
Memetik laporan Harian Metro, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain walau bagaimanapun memilih untuk tidak memberikan apa-apa komen berhubung dakwaan tersebut, sebaliknya akan menunggu kenyataan rasmi dikeluarkan pihak yang berkaitan.
Saya tidak mahu mengiyakan atau menafikan perkara berkenaan.
Saya akan menunggu kenyataan rasmi daripada pihak terbabit (Suria FM) yang difahamkan bakal berlangsung Jumaat ini, sebelum saya membuat kenyataan.
Dalam pada itu, Tyzo mendedahkan dia masih belum menerima sebaran tawaran rasmi untuk kembali berkhidmat sebagai penyampai radio di mana-mana stesen.
Dia berharap agar dapat kembali semula bekerja demi masa depan anaknya.
Saya memang mengharapkan ada peluang dan ruang untuk saya kembali bertugas dengan stesen radio dengan segera.
Pada masa sama, saya juga sedang merancang hidup yang lebih baik demi masa depan anak.
Terdahulu, tularnya berita mengenai penamatan kontrak Tyzo dari stesen radio Suria FM sehinggakan ramai yang mula mempertikaikan keputusan stesen radio berkenaan.
Walau bagaimanapun, satu sidang media akan diadakan oleh pihak Suria FM pada Jumaat ini bagi menjawab segala persoalan yang timbul dalam kalangan peminat mereka.
[ad_2]