Home Trending Video Baru: Anak Zarina Zainuddin & Sahabatnya Mengenai Keputusan Patah Cinta – ‘Dia Berbeza Dari Orang Lain’

Video Baru: Anak Zarina Zainuddin & Sahabatnya Mengenai Keputusan Patah Cinta – ‘Dia Berbeza Dari Orang Lain’

0
Video Baru: Anak Zarina Zainuddin & Sahabatnya Mengenai Keputusan Patah Cinta – ‘Dia Berbeza Dari Orang Lain’

[ad_1]



azal putus cinta

Anak kepada pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal Azrai memaklumkan bahawa hubungan cintanya bersama seorang wanita dari Indonesia telah berakhir.

Tak macam orang lain

azal putus cinta

Menerusi perkongsian oleh usahawan, Datuk Aliff Syukri di TikTok, kelihatan Zarina, Azal dan aktres jelita, Datin Maria Farida sedang berbual-bual di sebuah restoran. Maria kemudian bertanya kepada Azal tentang status perhubungannya dengan teman wanita.

Bagaimanapun, Azal memaklumkan bahawa hubungan mereka tidak kekal lama dan telah putus di tengah jalan.

Kecewa dengan berita tersebut, Maria berharap agar Azal dapat mencari pengganti.

Sedih la macam ni, hari tu dengar dah nak kahwin tapi ni putus pula.

Sementara itu, Zarina menjelaskan bahawa karakter Azal tidak sama seperti orang lain ketika bercinta yang mungkin menjadi faktor hubungan mereka terlerai.

Azal dia tak pandai bercinta, dia tak pandai macam orang lain. Bila bermesej dia akan jawab ‘nak apa?’.

Terdahulu, pelakon drama Teduhan Kasih itu mendedahkan Azal sedang dalam fasa mengenali hati budi seorang wanita yang dikenali sebagai Rahmah. Detik perkenalan Azal dengan wanita tersebut bermula ketika mereka berada di Singapura atas urusan perniagaan.

Untuk info, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) yang kini berusia 27 tahun.

Azil menghidap hyper autisme manakala Azal mempunyai mild autisme yang dikesan ketika umur mereka berusia tiga tahun.

@abangterlajaklaris

kesianyaa awakk

? Very Sad – Enchan

The following two tabs change content below.

[ad_2]