[ad_1]
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba muncul seorang individu yang mendakwa pempengaruh, Cik Pia tidak membayar hutang.
Pendedahan perbualan di WhatsApp
Menerusi hantaran di TikTok, individu tersebut mendakwa Cik Pia mula berhutang kira-kira tiga bulan lepas iaitu pada 24 November tahun lalu.
Semoga terbuka pintu hati untuk melunaskan hutang yang tertunggak RM2250..memulangkan telefon bimbit milik syarikat sebelum ajal menjemput.
Dalam masa yang sama, individu tersebut bertindak mendedahkan perbualan antara mereka di aplikasi WhatsApp.
Netizen mula kecam
Menurut individu tersebut, dia mendakwa tindakan Cik Pia memerli tentangnya setiap kali bersiaran langsung di TikTok telah menyebabkan dia dihujani dengan kecaman daripada warganet.
Cik Pia juga didakwa tidak mahu memberikan kerjasama meskipun telah dihubungi hampir setiap hari untuk menyelesaikan masalah di antara mereka.
Setiap hari saya mesej untuk berjumpa ‘face to face’. Dia tak mahu beri kerjasama, hari-hari dia ‘live’ menghentam dan perli saya sehingga isu keluarga juga dia dan pengikutnya sentuh. Hampir setiap hari perkara ini berlaku.
Ramai masih sokong Cik Pia
Tinjauan mendapati Cik Pia masih menjalankan pekerjaannya seperti biasa namun dia tetap meluah rasa kecewa dengan dakwaan yang dilemparkan walaupun tidak menyatakan nama mana-mana individu.
Alhamdulillah semakin org mengata saya semakin Allah berikan hadiah-hadiah yang tak ternilai. Next collaboration dengan jenama besar, terima atas kepercayaan walaupun isu saya tengah hangat diperkatakan tapi orang bijak tak menilai sebelah pihak. Berkat doa anak-anak, mak abah adik beradik. Terima kasih @ggshamsuddin terus ada dengan aku walau kau sekali terpalit dengan fitnah.
Bagaimanapun, rata-rata warganet dilihat masih menyokong Cik Pia selain memberikan kata-kata semangat untuknya dalam menghadapi isu tersebut.
[ad_2]