[ad_1]
Foto: Harian Metro
Satu pasangan kekasih dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang selepas dipercayai bergaduh sesama sendiri pada malam Isnin.
Kedua mangsa cedera di kepala
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua mereka difahamkan menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic sebelum memberhentikan kenderaan mereka di atas jambatan tersebut.
Kedua pasangan itu difahamkan bergaduh di atas jambatan tersebut sebelum mereka terjatuh ke dalam laut.
Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai Shahrul Munawer Taharen, kedua pasangan itu difahamkan bergaduh di atas jambatan tersebut sebelum mereka terjatuh ke dalam laut.
Difahamkan berlaku pertelingkahan membabitkan kedua-duanya sebelum mereka terjatuh ke dalam laut.
Terdapat lelaki yang juga orang awam di lokasi bertindak terjun menyelamatkan mangsa.
Kedua-dua mereka kemudiannya berjaya dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban dengan menaiki bot oleh nelayan yang kebetulan melalui kawasan tersebut sebelum diberikan rawatan.
Kedua-dua mangsa berusia 30-an yang mana lelaki terbabit mengalami cedera di kepala dan mereka sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi diberi rawatan.
Kes kini diserahkan kepada pihak polis bagi tujuan tindakan lanjut.
[ad_2]