[ad_1]
Pengarah filem kontroversi Mentega Terbang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
Mohd Khairianwar Jailani bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana perbuatan melukakan perasaan agama seseorang.
Sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum setahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu selaku pengarah dan penulis skrip filem itu, pada 26 Feb tahun lalu.
[ad_2]