Home Trending Shahiezy Sam dan Syatilla Melvin Dikatakan Paling Tenang Dalam Kalangan Adik Beradik

Shahiezy Sam dan Syatilla Melvin Dikatakan Paling Tenang Dalam Kalangan Adik Beradik

0
Shahiezy Sam dan Syatilla Melvin Dikatakan Paling Tenang Dalam Kalangan Adik Beradik

[ad_1]



Sebut sahaja nama Syatilla Melvin, pasti ramai yang mengetahui pelakon jelita itu seorang yang kelakar dan suka bergurau mengenai adik beradiknya ketika membuat sesi ‘live’ di TikTok.

Terbaharu, Syatilla mencuri perhatian netizen apabila dia mendedahkan bahawa adiknya, Syida Melvin bukan seorang yang lemah lembut seperti yang dikatakan oleh suami Syida dalam sebuah rancangan televisyen.

‘Ketawa pun tutup mulut’

@bonnorhidayah

#adikberadikthemelvin #syatillamelvin #syatillamelvin #themelvinslive

? original sound – BonNor Hidayah – BonNor Hidayah

Menerusi hantaran di TikTok, Syatilla atau lebih mesra disapa Tilla sedang membuat ‘live’ di TikTok bersama suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, Shahiezy Sam untuk mempromosikan perniagaannya.

Sewaktu ‘live’ tersebut, Sam mendedahkan bahawa Tilla merupakan seorang lemah lembut jika nak dibandingkan dengan adik beradiknya yang lain.

Menurut Tilla, apa yang dikatakan suaminya itu adalah benar. Malah Tilla juga berseloroh mengatakan bahawa masyarakat akan menerima dan bersetuju dengan kenyataan Sam.

Antara adik beradik awak yang paling nampak lemah lembut itu awaklah. Nampak ada adab, ketawa pun tutup mulut.

Tutup mulut tapi suara tajam. Nampak tak suami kita cakap apa, kalau suami kita cakap macam tuh maksudnya betul lah.

Masyarakat boleh terima kalau saya ini lemah lembut

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 32 tahun itu, berseloroh dengan mengatakan adiknya, Syida merupakan seorang yang mulut jahat antara mereka semua.

Ketika ditanya sama ada Syida garang seperti singa ataupun tidak, Tilla memberitahu tidak mahu membuka aib adiknya sendiri.

Syidalah mulut paling jahat dalam adik beradik, dia ada bahagian-bahagian yang lembut tapi bukan soft spoken. Jadi, kepada Syafiq jangan ingat isteri dia lembut ya.

‘Syida macam singa ke?’ Tilla malas nak buka aib.

Tambah Tilla, dia akan berniaga selama dua minit sahaja jika orang bertanya mengenai adik beradiknya sewaktu ‘live’, manakala selebihnya akan mengata tentang mereka.

Sebab itu jangan tanya. Saya kalau semua tanya, meniaga dua minit yang lain semua mengata.

The following two tabs change content below.

[ad_2]