Home Trending Tidak Hamil Anak Pertama – Intan Najuwa Menjelaskan Baby Bump Adalah Food Bump

Tidak Hamil Anak Pertama – Intan Najuwa Menjelaskan Baby Bump Adalah Food Bump

0
Tidak Hamil Anak Pertama – Intan Najuwa Menjelaskan Baby Bump Adalah Food Bump

[ad_1]



Baru-baru ini, pelakon jelita Datin Intan Najuwa ada memuat naik gambarnya bersama suami, Datuk Ahmad Azraf Azman di dalam sebuah kereta mewah dipercayai seusai menghadiri satu majlis perkahwinan.

Intan mengandung?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

Apa yang mencuri perhatian ialah, Intan kelihatan sedikit berisi sehinggakan ada netizen yang mendakwa pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ itu sedang hamil anak yang pertama.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun itu kelihatan tenang menjawab pertanyaan itu dengan memberikan jawapan secara berseloroh kepada netizen.

Alamak, itu bukan baby bump, itu food bump.

Baru lepas makan nasi orang kahwin, itu yang baju sendat macam nak koyak dah tu.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang dilihat memuji penampilan baharu Azraf yang dilihat semakin kurus selepas mendirikan rumah tangga.

Apa yang menghiburkan ialah, Intan sekali lagi menjawab pujian itu secara berseloroh.

Dah ada isteri, isteri jaga bagi kurus dan handsome.

Sekadar info, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah terletak di Johor.

Semenjak mendirikan rumah tangga, Intan kerap menjadi perhatian wargamaya apabila dilihat sering dimanjakan Azraf.

Komen netizen

The following two tabs change content below.

[ad_2]