Home Trending Wani Kayrie Berjaya Melalui Pembedahan Hernia, Hilangkan Benjolan di Perut

Wani Kayrie Berjaya Melalui Pembedahan Hernia, Hilangkan Benjolan di Perut

0
Wani Kayrie Berjaya Melalui Pembedahan Hernia, Hilangkan Benjolan di Perut

[ad_1]



Wani Kayrie

Penyanyi Wani Kayrie meluahkan rasa syukur selepas selamat menjalani pembedahan hernia iaitu proses membuang benjolan atau ketulan di bahagian perut.

Pembedahan hernia

Wani Kayrie

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Wani berkata dia perlu berehat buat sementara waktu susulan pembedahan tersebut dan memohon maaf kepada beberapa pihak kerana tidak dapat membalas mesej serta menjawab panggilan telefon.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar untuk pembedahan Hernia saya semalam (Ahad) selamat 2 jam dalam bilik bedah. Saya masih berjuang untuk kesan selepas pembedahan tersebut.

Minta maaf tak dapat balas mesej dan panggila telefon ya, terima kasih yang bertanya dan mendoakan saya.

Insya-Allah saya akan kembali pulih lagi beberapa hari, saya mahu rehat dulu.

Dalam perkongsian sama, Wani turut memuat naik foto dia terbaring di atas katil sebuah hospital.

Sebelum ini, pelantun lagu Jangan Jangan itu menerusi hantaran pada entri sama meminta orang ramai mendoakan proses pembedahannya berjalan dengan lancar.

Maaf lama mendiamkan diri beberapa hari. Cuma nak beritahu saya akan menjalani pembedahan.

Doakan agar urusan saya dipermudahkan ya. Jangan risau, saya baik-baik sahaja.

Untuk info, tujuan pembedahan hernia adalah untuk mencegah berlakunya komplikasi seperti tersekat atau tersumbat di bahagian perut.

Pembedahan bertujuan mengembalikan kandungan perut ke rongga perut dan memperkukuh bahagian dinding perut yang lemah. Ini biasanya dilakukan dengan memasukkan jaring di bahagian yang lemah.

The following two tabs change content below.

[ad_2]