[ad_1]
Pelakon Shakilla Khoriri seakan memberi bayangan mahu menamatkan polemik yang malanda dirinya dengan bekas suami, Fizi Ali berhubung isu anak mereka iaitu Ameena Sofia.
Mahu berbaik?
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Shakilla berkata pintu rumahnya sentiasa terbuka luas untuk menerima kunjungan Fizi berjumpa dengan satu-satunya anak tunggal mereka.
Malah, aktres itu meminta Fizi berhenti menuduhnya melarikan diri.
Daddy Ameena, rumah saya sentiasa terbuka untuk awak datang bila-bila masa untuk berjumpa dengan anak awak.
Tidak ada istilah menceroboh sebab awak sebahagian daripada hidup Ameena.
Kami sentiasa tunggu video call dan text awak untuk berjumpa. Awak tak mencari Ameena, jadi berhenti cakap saya larikan diri.
Tolong berkomunikasi dengan saya secara baik dan tenang, we can do this daddy Ameena.
Dalam hantaran sama, aktres berusia 35 tahun itu akui penat apabila kisah peribadinya sering menjadi bualan orang ramai dalam media sosial.
Justeru, dia meminta agar diberikan peluang untuknya menyusun satu perjalanan hidup yang terbaik buat anak perempuan mereka.
Cukuplah dengan kenyataan saya tak bagi jumpa anak. Cukuplah dengan provokasi dan media sosial. Cukuplah dengan cerita peribadi, saya penat.
Beri saya ruang untuk merangka satu perjalanan yang terbaik untuk anak kesayangan kami. Berlapang dadalah dengan apa yang terjadi.
Tugas saya berat sebagai seorang ibu kandungnya. Satu hari bila cukup ajaran saya pada anak saya, saya sendiri berlapang dada untuk beri pilihan pada dia untuk memilih jalan hidup dia sendiri.
Sejahat dan sekeji apa pun saya, saya seorang ibu. Saya melahirkan dan saya membesarkan anak saya. Saya lebih memahami ragam anak yang kian membesar.
Terdahulu, prosiding Sulh tidak menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak tiada kata sepakat mengenai kes tuntutan hadanah yang difailkan Fizi pada bulan lalu.
Imbas kembali, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
[ad_2]