[ad_1]
Pelakon meningkat naik, Hariz Hamdan mendedahkan dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak terlibat dengan apa-apa kontroversi yang boleh menjatuhkan nama baiknya hanya semata untuk melangkah jauh di dalam industri hiburan.
Selalu ingat ibu ayah
Ketika ditemui , Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan berkata, kontroversi adalah satu perkara yang diperlukan.
Namun, seseorang selebriti itu harus bijak dalam memilih kontroversi yang bagaimana untuk membantu menaikkan lagi nama mereka dalam industri hiburan.
Ramai yang cakap kalau nak ‘famous’, kena ada kontroversi dan pada saya, saya tak perlukan kontroversi yang panas hingga boleh membuatkan nama saya tercemar.
Namun, kontroversi itu bukanlah satu perkara yang tidak bagus. Sebagai contoh kalau saya terpalit dengan kontroversi ditampar oleh pengarah di set lokasi penggambaran, itu adalah salah satu kontroversi yang bagus.
Itu adalah kontroversi yang saya inginkan kerana ia pasti dapat membantu meningkatkan kualiti saya sebagai seorang pelakon.
Tetapi kalau kontroversi itu panas hingga boleh menjatuhkan nama baik, saya bukan seorang yang begitu.
Hariz berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan perdana filem ‘Banglo Seksyen 12’ yang diadakan di GSC Lalaport, Bukit Bintang City Centre pada Selasa.
Dalam pada itu, pelakon berusia 21 tahun ini mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk melakukan gimik bercinta dengan seorang selebriti hanya semata untuk membantu menaikkan lagi namanya di dalam industri hiburan.
Ada juga yang datang lepas tu bagi idea untuk ‘create’ percintaan selama beberapa hari sebagai gimik untuk menimbulkan kontroversi.
Pada saya kalau nak ‘create’ percintaan untuk mempromosikan drama atau filem tiada masalah tapi kalau hanya sekadar untuk menimbulkan kontroversi itu tidak masuk akal lah kan?
Ketika ditanya bagaimana memastikan dirinya untuk tidak terlibat dengan kontroversi panas, pelakon drama ‘Biarkan Ia Pergi’ ini memaklumkan bahawa dia akan sentiasa mengingati ibu bapanya sebelum melakukan sesuatu perkara.
Sudah tentu sebelum saya melakukan sesuatu saya akan memikirkan ibu bapa saya di rumah. Apa yang saya buat itu adakah mereka akan bangga dengan saya?
Bila saya masuk industri saya perlukan pastikan rezeki yang saya cari itu datangnya dari rezeki yang halal kerana sebahagian rezeki tersebut adalah untuk mereka.
Kalau saya terlibat dengan kontroversi yang tidak baik, macam tak sedap pula nak bagi sebahagian daripada rezeki itu kepada mereka.
Sekadar info, Hariz memulakan kerjaya seninya sebagai seorang pelakon dan pengarah selepas menyertai program realiti Hero Remaja pada tahun 2020.
[ad_2]