Home Trending Menginspirasi Para Usahawan melalui Tiga Ikon Wanita dalam Wacana Srikandi

Menginspirasi Para Usahawan melalui Tiga Ikon Wanita dalam Wacana Srikandi

0
Menginspirasi Para Usahawan melalui Tiga Ikon Wanita dalam Wacana Srikandi

[ad_1]



Bersempena Hari Wanita Sedunia pada Mac tahun ini, SACC Convec Sdn. Bhd (SCSB) bakal mengadakan Wacana Srikandi bagi mengangkat martabat yang ada dalam diri setiap wanita di Malaysia.

Angkat tiga ikon wanita sebagai inspirasi

Lebih manis, program Wacana Srikandi yang akan berlangsung pada 5 Mac nanti bakal dirasmikan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Hajah Nancy Shukri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SCSB iaitu Nor Azlina Amran, program ini juga bertujuan untuk memberikan inspirasi buat para wanita bagi membantu mereka terus melangkah maju ke hadapan dalam setiap apa-apa perkara yang mereka ceburi.

Program Wacana Srikandi ini bertujuan untuk memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang sekali gus memberikan inspirasi buat generasi baharu mencapai kejayaan dalam kerjaya serta kehidupan mereka.

Kami jangka program ini akan disertai oleh lebih 1,000 peserta pada hari kejadian.

Selain itu, program ini turut menampilkan forum bual bicara bagi berkongsi pengalaman buat para pengunjung yang akan dikendalikan oleh pengacara terkenal Fedtri Yahya.

Forum bual bicara tersebut bertujuan untuk memberikan semangat serta motivasi kepada peniaga khususnya wanita yang sedang menguruskan bisnes masing-masing.

Antara ikon yang akan menyertai program forum tersebut termasuklah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aliza Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd., Aleeya Zailan dan Penerima Anugerah Inspirasi Pesona Wanita Johor, Masitah Mohd. Affandy.

Anuar Zain, Ernie dan Syamel meriahkan majlis

Dalam pada itu,para pengunjung juga berpeluang untuk berhibur dan beramah mesra bersama tiga penyanyi hebat tanah air iaitu Anuar Zain, Ernie Zakri dan juga Syamel.

Syamel ketika ditemui pada sidang media meluahkan rasa terharunya apabila terpilih sebagai salah seorang penyanyi yang bakal menghiburkan para pengunjung.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pertunjukan fesyen daripada pereka terkenal iaitu Jedan yang akan memperagakan 30 pasang baju raya dengan rekaan eksklusif bertemakan ‘Cahaya di Aidilfitri’.

Buat pengunjung yang berminat untuk menghadiri program Wacana Srikandi ini, anda boleh membuat pembelian tiket menerusi laman web www.myticket.asia.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke program Wacana Srikandi yang akan diadakan pada 5 Mac 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

The following two tabs change content below.

[ad_2]