Home Trending ‘Berkat Raja Yang Berjiwa Rakyat, Saya, Sebagai Anak Pahang, Menyimpan Rasa Bangga dan Bersyukur’ – Siti Nurhaliza

‘Berkat Raja Yang Berjiwa Rakyat, Saya, Sebagai Anak Pahang, Menyimpan Rasa Bangga dan Bersyukur’ – Siti Nurhaliza

0
‘Berkat Raja Yang Berjiwa Rakyat, Saya, Sebagai Anak Pahang, Menyimpan Rasa Bangga dan Bersyukur’ – Siti Nurhaliza

[ad_1]



Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa bangga dan junjungan kasih ke atas pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.

Raja yang prihatin dan merendah diri

Menerusi sebuah posting di Instagram, pelantun suara ‘Cindai’ itu menzahirkan rasa syukur kerana ‘dipayungi’ seorang Raja yang prihatin dan sentiasa merendah diri.

Menjunjung kasih Tuanku. Terima kasih di atas pemerintahan Tuanku selama lima tahun dan bakal dirindui oleh seluruh rakyat Malaysia Cara Tuanku berdua mendekati rakyat, sentiasa prihatin dan kerendahan diri telah meninggalkan rasa kasih sayang mendalam rakyat.

Pada masa yang sama, anak kelahiran Pahang ini turut mendoakan kesejahteraan dan mengucapkan selamat berangkat atas kepulangan Tuanku dan Raja Permaisuri ke negeri Pahang Darul Makmur.

Menjunjung kasih Tuanku. Selamat berangkat pulang ke negeri Pahang Darul Makmur. Sebagai anak jati negeri Pahang, patik sangat berbangga dan bersyukur mempunyai seorang raja yang berjiwa rakyat. Semoga Tuanku berdua sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.

Pagi tadi, Istana Negara meraikan Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke negeri Pahang, selepas baginda menamatkan tempoh lima tahun pemerintahan sebagai yang di-Pertuan Agong ke-16.

Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan memasuki Istana Negara pada 31 Januari 2019.

Al-Sultan Abdullah akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula esok.

The following two tabs change content below.

[ad_2]