[ad_1]
Pada tahun lepas, jenama Bulan Bintang tidak terlepas daripada menerima komen daripada pembeli yang kurang berpuas hati dengan kualiti penghasilan baju melayu.
Sampaikan ada yang menyifatkan pengiklanan jenama saja yang gempak tetapi hasil ‘indah khabar daripada rupa.’
Datang warehouse buat QC
Terbaru, pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi tampil membuat kelainan apabila menjemput sembilan individu ke ‘Private Viewing Session’ untuk melihat sendiri Baju Melayu Bulan Bintang 2024.
Menurut Azzim, tetamu yang hadir itu adalah dari kalangan pembeli, bekas pembeli dan bukan peminat Bulan Bintang.
Fuh, pertama kali dalam sejarah aku buat benda ini. Tak pernah lagi aku buat perjumpaan face to face dengan customer, bekas customer, bekas customer to be dan even haters aku (kot).
Semalam, aku jemput 9 orang tetamu istimewa datang ke Private Viewing Session untuk tengok sendiri barang Bulan Bintang 2024. Aku biarkan mereka pergi ambik kotak baju di rak dan inspect sendiri.
Kata Azzim, tujuan dia membuat sesi itu untuk memberi kebebasan kepada individu-individu tersebut untuk memeriksa sendiri kualiti produk sampai puas hati.
Kalau tak buat macam ini, risau netizen kata aku hanya promosi barang-barang yang elok, pre selected dan dah rancang sahaja.
Dalam pada itu, usahawan muda berumur 27 tahun meluahkan rasa syukur dan lega selepas hampir 99 peratus daripada mereka memberikan maklum balas yang positif.
Alhamdulillah, aku dan team sangat-sangat gembira bila dengar sendiri feedback tentang baju melayu tahun 2024. Kami terima 99% positive feedbacks daripada yang datang semalam.
Tetamu yang datang semalam sangat suka dengan kualiti kain baru yang kami guna, kualiti jahitan yang semakin halus dan kemas dan ada beberapa features baru yang kami introduce untuk tahun 2024 ini. Ada yang terus beli 2 hingga 3 pasang terus.
@meripergibulatSemalam aku panggil 9 orang customer Bulan Bintang, QC sendiri baju melayu Bulan Bintang 2024. Alhamdulillah semua happy ?? ? original sound – meri yang busy
[ad_2]