Home Trending KFC Malaysia Merayakan 5 Tahun Kerjasama Bersama JMR dengan Acara Menarik!

KFC Malaysia Merayakan 5 Tahun Kerjasama Bersama JMR dengan Acara Menarik!

0
KFC Malaysia Merayakan 5 Tahun Kerjasama Bersama JMR dengan Acara Menarik!

[ad_1]



Macam yang korang tahu, Kentucky Fried Chicken (KFC) merupakan sebuah syarikat milik penuh Malaysia dan menjadi sebahagian daripada QSR Brands dengan JCorp dan juga KWSP sebagai pemegang saham majoriti.

Ini juga telah menjadikan mereka sebagai salah satu syarikat yang besar dan sentiasa memberi khidmat mesra buat pelanggan mereka. 

KFC sebahagian dari QSR Brands telah banyak membantu komuniti dan menyumbang lebih RM62 juta zakat

QSR Brands yang memiliki KFC Malaysia merupakan peneraju industri makanan Halal dan memiliki jumlah pengiktirafan Halal tertinggi di negara ini.

Mereka juga mempunyai lebih 30,000 pekerja di mana lebih 86% daripadanya beragama Islam dan telah menyumbang lebih RM62 juta kepada dana Zakat.

KFC Malaysia melalui Tabung Add Hope telah menyumbang lebih daripada RM1.7 juta dalam tempoh 3 tahun terakhir untuk membantu komuniti yang kurang bernasib baik di Malaysia.

Oleh itu, kali ini KFC tampil meraikan 5 tahun kerjasama mereka bersama pelumba Johor Motorsports Racing (JMR) Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim Tunku Panglima Johor dan Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim Tunku Putera Johor dalam membantu ke arah pembangunan sukan permotoran di Malaysia.

KFC Malaysia berkolaborasi dengan JMR untuk anjur acara menarik!

Dalam komitmen berterusan untuk memberi sokongan kepada sukan Malaysia dan meningkatkan atlet tempatan, KFC kekal teguh dalam usahanya untuk meningkatkan kerjasama dengan Johor Motorsports Racing (JMR) sepanjang tahun 2024.

Kalau korang nak tahu, JMR yang dipimpin oleh Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor, dan Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor, telah berjaya menempatkan Malaysia di peta dunia dalam arena sukan pemotoran. Hebat kan!

Ini semua terbukti apabila pada tahun 2022, Yang Amat Mulia Tunku Panglima telah berjaya merangkul Kejuaraan Pro-Am di Asia dan menduduki tempat ketiga di Australia, sementara JMR dan Triple Eight Engineering memenangi kejuaraan berpasukan secara keseluruhan di Asia.

Kerjasama yang berterusan ini mencerminkan kesungguhan KFC dalam mempromosikan serta menyumbang kepada perkembangan sukan di Malaysia, khususnya dalam bidang sukan pemotoran dengan berkolaborasi bersama JMR.

KFC Malaysia juga setiasa komited untuk terus menyokong usaha JMR, kerana mereka yakin bahawa melalui kerjasama seperti ini kita akan menyaksikan bendera Malaysia terus berkibar di pentas antarabangsa.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini serta meraikan kejayaan bersama, KFC dan JMR juga telah menganjurkan program Sembang Kereta bersama pelajar dari universiti-universiti awam dan institusi vokasional di seluruh Johor. 

Mereka diberi peluang untuk berdialog bersama YAM Tunku-Tunku tentang pengalaman mereka berlumba di peringkat antarabangsa serta pengetahuan mereka tentang industri dan juga dunia permotoran.

Bukau tu saja, dengar cerita, ada pelbagai acara yang menarik juga yang ada disana!

Meet & Greet, main game & boleh menang baucar KFC!

Salah satu aktiviti di sana adalah mereka dapat join meet and greet bersama pelumba JMR di KFC Stulang Laut. So, siapa yang minat atau teringin nak jadi pro sukan lumba kereta tu, seronok lah!

Siap dapat peluang connect dengan orang-orang yang hebat macam ni untuk tambah pemahaman dan pengalaman yang lebih mendalam pasal sukan ni kan?

Bukan tu je, dalam sesi ni juga orang ramai berpeluang untuk lepak dengan YAM Tunku Putera Johor  dan YAM Tunku Panglima Johor untuk mendalami sukan permotoran ini.

Kalau korang nak tahu, YAM Tunku Putera Johor dan YAM Tunku Panglima Johor telah turut serta dalam Asian Le Mans Series dan siri SRO GT World Challenge, dengan memandu Mercedes AMG GT3 yang dikuasakan oleh Triple Eight Racing.

Mereka siap bersaing dalam siri kejuaraan Asia dan Australia lagi tau! Hebat betul!

Paling best, sambil meet and greet dan bermain permainan interaktif, dapat juga menikmati hidangan KFC serta berpeluang untuk menang baucar KFC.

Ha…bukan selalu ada event macam ni kan? So, memang meriah lah jawabnya!

Menurut YBhg Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Pengerusi QSR Brands, beliau berharap dengan perkongsian seperti ini, ianya dapat menarik minat lebih ramai generasi muda untuk menceburi bidang industri permotoran di Malaysia dan mengharapkan KFC Malaysia dapat terus memainkan peranan dalam memartabatkan sukan permotoran Malaysia ke arena global.

Sokongan dan usaha KFC jelas bagi memberikan yang terbaik buat semua!

KFC Malaysia dah berikan yang terbaik dan jelas bahawa ada banyak usaha-usaha yang mereka lakukan termasuk memberikan solidariti buat rakyat Gaza yang terjejas, di mana mereka telah menangguhkan acara Kepci Muzik Festival di Johor Bahru pada Oktober tahun lalu. 

The following two tabs change content below.

[ad_2]