[ad_1]
Tak ada angin, tak ada ribut, pelakon jelita Ruhainies dikatakan bakal berdepan tindakan undang-undang oleh sebuah syarikat produk kesihatan dan kecantikan iaitu Aurebella Beauty.
Tindakan undang-undang itu bakal diambil susulan dakwaan mengatakan Ruhainies telah pun melanggar kontrak sebagai duta produk syarikat terbabit.
Tak ada tandatangan kontrak
Tidak berdiam diri, Ruhainies tampil memberikan penjelasannya berhubung dakwaan tersebut.
Ketika dihubungi , Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata dia sama sekali tidak menandatangi sebarang kontrak untuk menjadi duta kepada produk syarikat tersebut.
Dakwa Ruhainies lagi, dia juga tidak menerima bayaran sebagai duta bagi produk yang dikeluarkan.
Isu ini sebenarnya sangat straightforward. Saya tidak menandatangi sebarang kontrak sebagai duta kepada produk tersebut. Bayaran pun masih ada tertunggak.
Saya tidak ingin mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut. Siapa yang mahu bekerja tanpa bayaran kan? Tak akan nak kerja secara percuma?
Dalam pada itu, pelakon filem ‘Seandainya Kau Ada’ tersebut menitipkan pesanan buat mana-mana pengasas produk untuk tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan terhadap selebriti.
Jangan ada niat jahat dan mempergunakan golongan selebriti dalam perniagaan.
Terdahulu, Pengarah Urusan merangkap pengasas bersama Aurebella Beauty, Mohamad Aiman Hakim Nur Hashim mendakwa Ruhainies telah pun melanggar kontrak perjanjian dan menarik diri sebagai duta produk syarikat mereka menerusi satu sesi sidang media yang dilakukan.
Dakwa Aiman, tindakan Ruhainies yang tidak melakukan kerjanya sebagai duta dengan baik telah menyebabkan syarikatnya mengalami kerugian besar.
Bukan itu sahaja, tindakan itu juga telah menyebabkannya mengalami kemurungan yang sangat teruk.
Sehubungan dengan itu, pihak Aurebella Beauty menuntut Ruhainies untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka dan membayar semula kerugian yang dialami syarikat.
[ad_2]