[ad_1]
Kementerian Pendidikan telah menyelesaikan siasatan dalaman berhubung kes buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Perak.
Menteri Fadhlina Sidek berkata, hasil siasatan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Ia (laporan siasatan) telah diserahkan kepada pihak autoriti untuk meneruskan apa saja tindakan kerana kita sudah selesai (melakukan siasatan) pada peringkat KPM.
“Maknanya, kita tunggulah apa tindakan daripada pihak berkaitan,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Omar Bakhtiar Yaacob mengeluarkan kenyataan berkata polis telah merekodkan keterangan mangsa, penyerangnya dan saksi lain bagi membantu siasatan.
Pada 8 Nov lepas, Yusri mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan penyiasat telah mengemukakan penemuan mereka kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut.
Seksyen 323 Kanun Keseksaan menetapkan kesalahan berkaitan menyebabkan kecederaan secara sukarela. Ia membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.
[ad_2]