Home Trending [VIDEO] Imran Ajmain Menjawab Dakwaan Tidak Mengundang Keluarga Fazley Ke Konsert – ‘Mungkin Tidak Disampaikan kepada Mereka yang Enggan Mendengar’

[VIDEO] Imran Ajmain Menjawab Dakwaan Tidak Mengundang Keluarga Fazley Ke Konsert – ‘Mungkin Tidak Disampaikan kepada Mereka yang Enggan Mendengar’

0
[VIDEO] Imran Ajmain Menjawab Dakwaan Tidak Mengundang Keluarga Fazley Ke Konsert – ‘Mungkin Tidak Disampaikan kepada Mereka yang Enggan Mendengar’

[ad_1]



Imran Ajmain

Penyanyi dan komposer Imran Ajmain menafikan dakwaan isteri cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob iaitu Datin Azrene Soraya yang mendakwa tidak menerima sebarang undangan konsert.

Jemputan tidak sampai?

Imran Ajmain

Ketika ditemui , Imran berkata dia ada menghubungi Fazley dan menjemputnya sekeluarga untuk hadir ke konsert sulungnya berjudul Malam Seribu Tahun yang berlangsung di KEN TTDI, pada Jumaat.

Memang saya jemput, mungkin pesanan itu tidak sampai pada telinga yang tidak mahu mendengar. Jadi saya hanya doakan yang baik-baik dan mengharapkan perkara yang sama.

Saya jemput terus kepada Datuk Fazley secara personal. Nak kata mesej itu sampai atau tidak (kepada Azreen), keadaan sekarang dalam keadaan keruh jadi saya nak elak daripada memburukkan lagi keadaan.

Saya yakin saya sudah buat yang terbaik dan harap tiada masalah dengan mereka.

Melanjutkan bicara, penyanyi kelahiran Singapura itu berkata dia tidak berasa terkilan apabila dakwaan itu timbul kerana menggangap isu yang berlaku hanya masalah kecil.

Tambahnya lagi, dia dan keluarga Fazley masih akrab dan menjalin hubungan yang baik.

Saya rasa tiada apa yang perlu dikomen. Jika saya dilihat sebagai ahli keluarga lebih aman dan damai jika biarkan hal ini dalam keluarga sahaja. Saya rasa itu lebih beradab daripada pihak saya.

Secara keseluruhan, saya rasa perkara itu hanya titik hitam yang sangat kecil. Saya ada perkara yang perlu diberikan fokus dan saya percaya mereka mendoakan yang terbaik untuk saya. Saya juga percaya medapat doa restu daripada mereka.

Selama ini kami sangat akrab, tiada langsung rasa terkilan atau apa-apa perasaan kurang sedap dalam hati. Saya masih berhubung dengan Datuk Fazley dan anak-anaknya.

Sementara itu, disoal adakah isu berkenaan menggangu fokusnya menjelang konsert, pelantun lagu Seribu Tahun itu menjawab tidak sama sekali.

Terdahulu, Azrene menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story) mendakwa tidak menerima sebarang undangan konsert dan tidak tahu menahu mengenai konsert yang bakal dianjurkan seorang individu.

Meskipun tidak memetik mana-mana nama, namun dipercayai hantaran tersebut ditujukan kepada Imran sejurus selepas penyanyi itu mengeluarkan kenyataan ada mengundang Fazley sekeluarga ke konsertnya.

Imran membuat kenyataan itu ketika sidang media konsert Seribu Tahun yang berlangsung di Volvo Ingress, Petaling Jaya pada 26 Januari lalu.

Konsert Malam Seribu Tahun yang juga konsert solo pertama Imran selepas 15 tahun dalam industri berlangsung dengan meriah selama dua malam iaitu pada 2 dan 3 Februari 2024.

Pada konsert yang berjaya menghimpunkan kira-kira 1,200 penonton untuk dua malam itu, Imran mendendangkan lebih 20 lagu untaian hits miliknya termasukkah Seribu Tahun, Selamat Ulang Tahun Sayang, Ghaibmu, Intan dan Perak, Hanya Menari, Padam dan Pergi dan banyak lagi.

[ad_2]