Home Trending Pengasas Coklat Meluangkan Belanja kepada Ejen, Memperoleh ‘Charter’ Satu Kapal Terbang ke Pulau Langkawi

Pengasas Coklat Meluangkan Belanja kepada Ejen, Memperoleh ‘Charter’ Satu Kapal Terbang ke Pulau Langkawi

0
Pengasas Coklat Meluangkan Belanja kepada Ejen, Memperoleh ‘Charter’ Satu Kapal Terbang ke Pulau Langkawi

[ad_1]



pengasas coklat

Jika ada beranggapan sistem menghargai ejen itu sudah tidak relevan dalam dunia niaga, hal itu sebaliknya ditepis kuat oleh usahawan popular, Said Saiful Fazli.

Setiap tahun empat kali rai ejen

pengasas coklat

Menurut Said yang menjalankan empayar syarikat Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, ChocoAlbab berkata dia tetap teguh dengan pendirian melihat ejen sebagai harta berharga.

Menjadikan contoh kejayaan pempengaruh terkenal, Khairul Aming yang menitikberatkan soal menjaga hati pelanggan, Said juga enggan mensia-siakan kerja keras ejen selama ini.

Kalau ada menganggap sistem ejen sudah tak relevan, mereka itu barangkali tidak berfikir panjang dalam berkata-kata. Tak apa, itu cara orang lain. Tapi saya tetap melihat ejen sebagai lubuk penting dunia niaga.

Jadi tradisi menghargai ejen melancong sebagai penyuntik semangat tetap diteruskan. Setiap tahun lebih empat kali kita raikan ejen dengan bercuti sebagai terapi diri.

Khairul Aming boleh curi perhatian pelanggan setianya, biar saya jaga kemas hati ejen.

Meneruskan tradisi bercuti dengan ‘orang kuat syarikat’, Said sekali lagi menghadiahkan percutian kepada 130 ejen termasuk staf syarikat dan kali ini ke Pulau Langkawi selama tiga hari dua malam pada awal Februari lalu.

Menariknya, kami ‘tapau’ satu penerbangan ke sana. Malah pramugari bertugas siap mengalu-alukan keberadaan kami dengan pembesar suara.

Mungkin ada beranggapan, ala setakat pergi Langkawi saja. Tak kisahlah, dalam atau luar negara, momen dicipta itu sangat istimewa. Tapi saya dimaklumkan ramai ejen yang dirai kali ini tak pernah berkunjung ke pulau yang mengangkat lagenda Mahsuri ini.

Jadi saya tumpang gembira dengan kunjungan sulung hampir kebanyakan ejen kali ini. Seperti mana takkan hilang jejak sejarah seperti Mahsuri di Langkawi, sebegitu juga saya mahu jenama ChocoAlbab terus beraja di hati ejen dan peminat.

Produk tak putus dapat sokongan

pengasas coklat pulau langkawi

Kata Said lagi, sepanjang berada di sana pelbagai aktiviti menarik dilakukan bersama-sama.

Kami melawat kilang gamat dan kilang batik. Kami menaiki kereta kabel. Lawatan ke situ tentunya tak lengkap tak berkunjung ke Pekan Kuah dan Dataran Helang.

Aktiviti di hotel juga tak dilupakan. Malah makan malam bertemakan Melayu Klasik turut diadakan.

Dalam pada itu, Said bersyukur jenama yang diperkenal sejak April 2021 tidak putus menerima sokongan dan terus diterima ramai orang.

Syukur, masuk kedai serbaneka dan premis makanan, banyak produk kami ada dijual di kaunter. Pendek kata, produk ini boleh didapati dengan mudah di hampir semua kedai berhampiran anda.

Kami guna sistem ‘reseller’ dan ia sekali gus membantu ramai usahawan menjana pendapatan.

Terdahulu, jenama ini antara yang kerap membakar semangat ejen dengan bawa mereka makan angin dalam dan luar negara. Antara lokasi yang pernah dijejaki merai ejen termasuk Singapura, Dubai dan Club Med Cherating.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by COACH SAID ?? (@saidsaifulfazli)

The following two tabs change content below.

[ad_2]