Home Trending Hafidz Roshdi Gagal Hadir Perbicaraan, Nurul Shuhada Kecewa Berlebihan Naik Bas Awal Pagi

Hafidz Roshdi Gagal Hadir Perbicaraan, Nurul Shuhada Kecewa Berlebihan Naik Bas Awal Pagi

0
Hafidz Roshdi Gagal Hadir Perbicaraan, Nurul Shuhada Kecewa Berlebihan Naik Bas Awal Pagi

[ad_1]



Nurul Shuhada

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini menetapkan tarikh baharu bagi perbicaraan berhubung kes pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa memukul bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Ia susulan aktor tersebut tidak hadir ke mahkamah atas faktor masalah kesihatan.

Tarikh baru

Nurul Shuhada

Hakim yang bertindak sebagai Majistret, Siti Fatimah Talib membuat keputusan untuk menangguhkan tarikh kes berkenaan pada 2 dan 3 Julai depan.

Bagaimanapun, ketika ditemui , Shuhada meluahkan rasa hampa apabila kes tersebut tidak dapat diteruskan pada hari ini.

Disoal tentang masalah kesihatan bekas suaminya, Shuhada berkata dia tidak mengetahui namun berdoa agar aktor itu diberikan kesembuhan.

Saya tinggalkan anak-anak dengan keluarga di Perlis dan datang ke sini dengan menaiki bas pagi tadi untuk hadir ke perbicaraan hari ini.

Bagaimanapun ketika perbicaraan berlangsung, saya dimaklumkan Hafidz tidak dapat hadir kerana mengalami masalah kesihatan sehingga kes ini terpaksa ditangguhkan pada 2 dan 3 Julai nanti.

Apa pun doakan saya dan anak-anak. Semoga kemenangan berpihak kepada kami.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini berharap agar pihak Hafidz dapat memberi kerjasama sepenuhnya.

Memang kita nak fokus betul-betul kepada kemenangan. Saya tahu saya tak salah.

Saya harap pada 2 dan 3 Julai ini kita berjumpa dan selesaikan perkara ini.

Terdahulu pada sebutan kes 9 Jun tahun lalu Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan selepas pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri aktor itu.

Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

Pada 2 Mac tahun lalu, Shuhada telah membuat laporan polis selepas mendakwa dia telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.

Pelakon berusia 30 tahun itu didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya (ketika itu) dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 kanun yang sama.

Untuk info, pasangan itu disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai lalu.

[ad_2]