Home Trending Zarina Zainuddin Mengakui Kesilapan Terhadap Reaksi Netizen, Menolak Dakwaan Mencari Simpati – ‘Saya Agak Sensitif Waktu Itu’

Zarina Zainuddin Mengakui Kesilapan Terhadap Reaksi Netizen, Menolak Dakwaan Mencari Simpati – ‘Saya Agak Sensitif Waktu Itu’

0
Zarina Zainuddin Mengakui Kesilapan Terhadap Reaksi Netizen, Menolak Dakwaan Mencari Simpati – ‘Saya Agak Sensitif Waktu Itu’

[ad_1]



Pelakon, Zarina Zainuddin mengakui kekhilafan dirinya yang menyelar segelintir netizen dengan perkataan ‘bodoh’ melalui hantaran dimuat naiknya di Instagram (IG) beberapa minggu lalu.

Nafi raih simpati orang ramai

@melodiberapi Pelakon Zarina Zainuddin berang dengan netizen yang memberi komen berbaur kecaman apabila beliau berkongsi kesedihan kehilangan bapa tersayang. #meloditv3 #tv3 #artismalaysia #zarinazainudddin #teduhankasih #anxietycheck #autismmom ? original sound – Melodi tv3

Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Zarina atau nama sebenarnya Nur Zarina Mohd Zainuddin tampil membuat permohonan maaf kepada beberapa individu tersebut.

Menurut Zarina, dia berada dalam keadaan yang sangat marah apabila terbaca komen yang mendakwa dirinya cuba meraih perhatian serta simpati orang ramai.

Saya nak minta maaf dan tak sepatutnya saya mengeluarkan perkataan itu.

Waktu itu saya betul-betul marah dan terlalu beremosi sebab kita masih bersedih tiba-tiba ada pula yang kata kita ini nak raih perhatian.

Buat apa saya nak raih perhatian orang ramai?

Tambah Zarina, tujuan dirinya memuat naik video tersebut hanyalah untuk memberikan iktibar buat orang ramai.

Video itu hanyalah untuk orang di luar sana jadikan sebagai pedoman dan iktibar untuk kita sesama manusia.

Mereka ada bapa, saya pun ada bapa. Mereka ada ibu, saya juga ada ibu. Kita semua hidup ada keluarga.

Jadi, apa sahaja kesalahan yang saya buat ini anda di luar sana jangan ikut buat.

Di akhir temu bual tersebut, pelakon yang popular dengan drama ‘Budak Tebing 2’ itu menitipkan pesanan kepada orang di luar sana untuk sentiasa menghargai insan bergelar bapa selagi mereka masih ada.

Terdahulu, Zarina dilihat menyelar beberapa netizen yang menulis komen berbaur kecaman kepadanya sewaktu berkongsi kesedihannya selepas kehilangan bapa tercinta.

Sekadar info, bapa Zarina iaitu Zainuddin Ibrahim meninggal dunia pada 22 Januari lalu akibat kanser prostat tahap empat.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

The following two tabs change content below.

[ad_2]