Home Berita Apabila Polis Berkumpul Berhampiran Pejabat Bersih, Apa Khabar Mengenai Reformasi?

Apabila Polis Berkumpul Berhampiran Pejabat Bersih, Apa Khabar Mengenai Reformasi?

0
Apabila Polis Berkumpul Berhampiran Pejabat Bersih, Apa Khabar Mengenai Reformasi?

[ad_1]

Bersih  menyelar kehadiran ramai pegawai polis di kawasan pejabat mereka di Petaling Jaya ketika sidang media berkaitan pengurangan hukuman terhadap Najib Razak.

Menyifatkan apa yang berlaku sebagai “gangguan”, kumpulan pendesak itu menyindir Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution yang menjaga hal ehwal polis.

“Lama tak jumpa. 

“Apa khabar reformasi?” katanya di X kepada  Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR.

Bersih juga memuat naik gambar kenderaan polis dan sekumpulan anggotanya berkumpul di sekitar pejabat mereka.

“Kehadiran ramai pegawai polis susulan sidang akhbar berkaitan (permohonan) pengampunan Najib dan tuntutan #Reformasi100peratus.

“Adakah gangguan sebegini benar-benar mesej yang hendak disampaikan oleh kerajaan Madani?” soal mereka di media sosial.

Sementara itu, dalam status lain, Bersih juga memberi bayangan akan mengadakan perhimpunan bantahan susulan perkembangan terkini.

“Belum beli garam lagi,” kata NGO itu.

Di Malaysia, peserta demonstrasi biasanya akan mengemam sedikit garam bagi mengurangkan kesan gas pemedih mata. 

[ad_2]