[ad_1]
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman dua tahun penjara ke atas Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, selepas didapati bersalah memfitnah Sultanah Terengganu Nur Zahirah.
Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri menjatuhkan hukuman itu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah), lapor media.
Mengikut pertuduhan, Brown pada 14 September 2018 jam lebih kurang 8.00 pagi di Lot 60048, Taman Chendering Utama, di Kuala Terengganu telah menulis sebuah buku bertajuk “The Sarawak Report- The Inside Story of the 1MDB Expose”.
“Di mana di dalamnya pada muka surat 3, perenggan 4, baris 7 mengandungi tohmahan seperti mana yang digariskan iaitu “the wife of the sultan,” terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah yang merupakan satu fitnah di mana kamu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tohmahan tersebut akan merosakkan nama baik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah,” menurut pertuduhan.
Pendakwaan dijalankan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Engku Ahmad Rashidi Engku Abdillah.
Bagaimanapun Brown tidak hadir di mahkamah majistret hari ini.
Pada 12 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Brown bersalah kerana memfitnah Sultanah Nur Zahirah menerusi buku berkenaan.
Mahkamah turut memerintahkan Brown dan dua yang lain membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Sultanah Terengganu.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hadhariah Syed Ismail turut memerintahkan Rewcastle-Brown dan dua yang lain membayar RM120,000 sebagai kos guaman kepada baginda.
[ad_2]