Home Berita Peningkatan Aliran Trafik di Lebuhraya PLUS

Peningkatan Aliran Trafik di Lebuhraya PLUS

0
Peningkatan Aliran Trafik di Lebuhraya PLUS

[ad_1]

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) meningkat pagi ini berikutan orang ramai mengambil peluang bercuti dan balik ke kampung sempena perayaan Tahun Baharu Cina esok.

Akaun rasmi X PLUS memaklumkan trafik ke arah utara perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang Selatan, dan Rawang Selatan menuju ke Rawang, manakala keadaan sesak dilaporkan dari Slim River ke Sungkai.

Trafik juga dilaporkan sesak dari Putrajaya ke Bandar Gamuda Cove berikutan kemalangan di Kilometer 25, selain keadaan sama dari Skudai ke Sedenak.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama memaklumkan aliran trafik dari Lembah Klang menuju ke pantai timur masih terkawal.

Katanya kesesakan hanya berlaku di Genting Sempah menuju ke Bukit Tinggi berikutan kemalangan di Kilometer 42.5 yang menyebabkan lorong kiri terhalang.

“Pengguna lebuh raya dinasihati merancang perjalanan mereka terlebih dahulu kerana dijangkakan aliran trafik akan semakin bertambah pada tengah hari dan petang nanti,” katanya.

[ad_2]