Home Berita Keputusan Kes Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan: PM Pastikan Kerajaan Tidak Terlibat

Keputusan Kes Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan: PM Pastikan Kerajaan Tidak Terlibat

0
Keputusan Kes Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan: PM Pastikan Kerajaan Tidak Terlibat

[ad_1]

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan tidak terlibat dalam keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

Beliau berkata ia diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan kuasa yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Ia juga tidak ada kena-mengena dengan (Mahkamah) Syariah… kuasa negeri. Katalah (pada persidangan) Dewan (Undangan) Negeri (DUN) bulan depan, Ketua Menteri buat beberapa undang-undang baharu yang bercanggah dengan kuasa Negeri dan kuasa Perlembagaan Persekutuan maka boleh dirujuk dan Mahkamah Persekutuan akan dapati sekiranya bercanggah, akan membatalkan (undang-undang yang dibuat pada sidang DUN),” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di Melaka hari ini.

[ad_2]