[ad_1]
Kira-kira 205 juta pengundi berdaftar dari seluruh Indonesia akan mengundi dalam pilihan raya umum presiden (PilPres) 2024, hari ini.
Ia bagi menentukan presiden baru bagi republik itu sekali gus menggantikan posisi Presiden Joko Widodo.
Tiga orang calon bersaing merebut jawatan nombor satu Indonesia iaitu Anies Rasyid Baswaden dan wakilnya Muhaimin Iskandar; Prabowo Subianto bersama wakilnya Gibran Rakabuming dan pasangan Ganjar Pronowo dan Mahfud MD.
Selain itu pemilihan turut melibatkan penentuan anggota Dewan Perwakilan Rakyat, Dewan Perwakilan Daerah dan Dewan Undangan Wilayah di peringkat wilayah, bandar dan daerah.
Proses pengundian dijadualkan berlangsung bermula jam 7 pagi hingga 1 petang.
Ia turut menjadi tempat mengundi bagi Anies Baswedan dan ahli keluarganya yang tiba ke lokasi kira-kira jam 8.25 pagi.
[ad_2]