[ad_1]
Penyanyi, Ernie Zakri menjanjikan bakal memberi kejutan kepada penonton di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) menerusi lagu Astana pada 3 Mac depan.
Kejutan!
Menurut Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, kejutan yang dimaksudkan adalah pengubahsuaian dari sudut susunan muzik dan vokal.
Elemen kejutan dalam persembahan saya di AJL 38 nanti sudah pasti ada.
Sudah pasti dari sudut vokal arrangment dan muzik arrangement juga salah satu kejutan yang akan saya berikan kepada semua pendengar serta penonton.
Bagaimanapun, kata isteri kepada penyanyi Syamel itu, dakwaan yang mengatakan dia bakal melakukan gimik seperti terbang dan terjun dari tempat yang tinggi adalah tidak benar.
Tetapi gimik seperti terbang atau terjun dari mana-mana itu tidak ada ya. Sangat membahayakan kesihatan.
Insya-Allah apa yang saya mampu berikan dari sudut audio dan vokal.
Ernie berjaya menempah tiket ke pentas AJL 38 menerusi lagu berjudul Astana yang merupakan ciptaannya bersama tiga komposer lain iaitu Syamel, Omar K dan Azeman Shazriq.
AJL 38 bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 3 Mac 2024. Anda juga boleh mendapatkan tiket final AJL 38 bermula 5 Februari ini DI SINI.
[ad_2]