Home Trending Ketika Keistimewaan Duit Kurang, Lelaki Bunuh Teman Wanita Gara-gara Tekanan Untuk Berkahwin

Ketika Keistimewaan Duit Kurang, Lelaki Bunuh Teman Wanita Gara-gara Tekanan Untuk Berkahwin

0
Ketika Keistimewaan Duit Kurang, Lelaki Bunuh Teman Wanita Gara-gara Tekanan Untuk Berkahwin

[ad_1]



Seorang lelaki ditahan polis selepas bertindak membunuh teman wanitanya, dalam satu kejadian di Cikarang Barat Bekasi, Indonesia pada 12 Februari lalu.

Bunuh sebab teman wanita ajak kahwin

Memetik laporan media Indonesia, suspek yang berusia 25 tahun itu bertindak sedemikian kerana tidak tahan sering didesak oleh teman wanitanya untuk berkahwin.

Hasil siasatan mendapati, suspek enggan berkahwin kerana wang simpanannya belum mencukupi tetapi kekasihnya itu seakan tidak faham dan berterusan memaksanya. Disebabkan itu, suspek nekad mengakhiri hayat teman wanitanya itu dengan cara mencekik dan menekup wajah mangsa menggunakan bantal. Mayat mangsa kemudian ditinggalkan di rumah sewa.

Hasil bedah siasat mendapati, punca kematian mangsa, 23, adalah disebabkan kegagalan pernafasan.

Susulan daripada tindakan tersebut, suspek berdepan hukuman maksimum 15 tahun penjara, jika sabit kesalahan.

The following two tabs change content below.

[ad_2]