Home Trending Persembahan ‘Back To Back’ Aina Abdul di #AJL38 Menyebabkan Peminat Risau – Saya Akan Mengekalkan Momentum

Persembahan ‘Back To Back’ Aina Abdul di #AJL38 Menyebabkan Peminat Risau – Saya Akan Mengekalkan Momentum

0
Persembahan ‘Back To Back’ Aina Abdul di #AJL38 Menyebabkan Peminat Risau – Saya Akan Mengekalkan Momentum

[ad_1]



Aina Abdul

Meskipun kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) semakin hampir, namun salah seorang finalisnya iaitu Aina Abdul dilihat masih sibuk memenuhi undangan persembahan.

Peminat risau

Aina Abdul

Perkara tersebut telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan peminat yang rata-ratanya berasa risau sekiranya penyanyi kesayangan mereka itu tidak mendapatkan rehat yang mencukupi.

Bagaimanapun, menurut Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, peminat tidak perlu berasa risau kerana dia akan memastikan kesihatannya dalam keadaan baik sehingga menjelang malam kemuncak AJL 38.

Malah, dia berkata semua undangan persembahan yang diterima sudah dipersetujui awal.

Rezeki sepanjang bulan ini alhamdulillah, menerima banyak undangan untuk buat persembahan. Saya sentiasa mencuri-curi masa untuk AJL. Rezeki tidak boleh ditolak.

Tetapi jangan risau, insya-Allah pasukan saya menjaga saya dengan baik sekali. Mereka akan sentiasa mengingatkan saya jika saya terlalu kerja berlebihan. Mereka akan pesan kepada saya untuk sentiasa menjaga kesihatan.

Boleh dikatakan tahun ini merupakan AJL paling gemuruh buat saya. Apa pun tolong doakan saya dapat buat persembahan dengan baik.

Ada juga peminat yang hantar mesej kepada saya, minta untuk kurangkan buat persembahan. Lebih-lebih lagi AJL semakin dekat. Tapi sebenarnya, semua persembahan ini saya sudah bersetuju untuk buat lebih awal lagi.

Aina berkata demikan ketika ditemui di KNKV Viral Award 2024, yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada Selasa.

Pada acara tersebut, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Diva Terulung.

Dalam pada itu, Aina berkata dia akan memastikan fokusnya di pentas berprestij AJL 38 menerusi lagu Jangan Mati Rasa itu tidak akan terganggu.

Itu menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan momentum akan kekal sampai ke acara kemuncak AJL 38.

Saya akan memastikan undangan persembahan yang diterima tidak akan ganggu fokus saya pada AJL. Kalau saya rasa pelik (tidak sihat) akan cepat-cepat telefon doktor.

AJL 38 bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Axiata Arena Bukit Jalil dan di saluran TV3 pada 3 Mac ini, jam 9 malam.

The following two tabs change content below.

[ad_2]