[ad_1]
Seperti yang kita tahu, pelakon jelita, Sophia Albarakbah sering membawa watak gadis ayu mahupun lemah lembut dalam mana-mana naskhah yang dilakukan.
Terbaharu, bakal muncul dalam satu filem penuh aksi arahan arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang berjudul ‘Reeza’.
Nak cabar diri sendiri
Ketika ditemui , Sophia mendedahkan sudah tiba masa untuknya keluar dari zon selesa demi melangkah lebih jauh dalam bidang lakonan.
Saya sering ditawarkan watak wanita lemah lembut dan mahu keluar dari watak yang sebegitu.
Saya nak jadi lebih versatil di dalam bidang lakonan dan cuba sesuatu yang baharu.
Saya akui ianya agak mencabar buat saya dengan sakit, penat dan sebagainya tapi saya ‘enjoy’ melakukannya.
Sophia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di lokasi penggambaran filem tersebut yang diadakan di Kawasan Rehat & Rawat Dan Hentian Sebelah Seri Kembangan Soutbound pada petang Ahad.
Dalam pada itu, Sophia menyatakan dia memilih untuk melakukan kesemua babak ngeri di dalam filem tersebut tanpa menggunakan bantuan daripada ‘stuntman’.
Tambah pelakon berusia 30 tahun itu lagi, dia mengalami sakit-sakit badan sehingga terdapat kesan lebam yang teruk pada bahagian tangan dan kakinya selepas beberapa hari menjalani tempoh penggambaran.
Saya mengalami bengkak yang agak teruk di bahagian lengan saya dan beberapa anggota badan yang lain.
Tapi saya okay saja sebab saya tak pernah berlakon drama yang penuh dengan aksi dan ini merupakan pengalaman yang bermakna buat saya.
Antara babak yang mencabar yang saya lakukan sendiri ialah babak pergaduhan dan saya melompat ke atas lori yang sedang bergerak.
Babak itu agak mencabar buat saya tetapi saya sangat ‘enjoy’ melakukannya.
Sekadar info, Sophia akan bergandingan buat pertama kali bersama selebriti versatil iaitu Alif Satar di dalam filem tersebut.
[ad_2]