Home Trending #AJL38: Sherry Tidak Pernah Merasa Tersinggung atau Menyimpan Dendam Terhadap Mereka yang Mencela Pilihannya sebagai Hos AJL

#AJL38: Sherry Tidak Pernah Merasa Tersinggung atau Menyimpan Dendam Terhadap Mereka yang Mencela Pilihannya sebagai Hos AJL

0
#AJL38: Sherry Tidak Pernah Merasa Tersinggung atau Menyimpan Dendam Terhadap Mereka yang Mencela Pilihannya sebagai Hos AJL

[ad_1]



Pemilik nama Sherry Alhadad terus diberi kepercayaan untuk mengendalikan malam kemuncak AJL 38 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam esok.

Tak pernah kecil hati

Memetik laporan Berita Harian, Sherry yang memulakan langkah pertama sebagai hos Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL 32) pada 2017, berkata, ini merupakan tahun kelima dia menggalas tanggungjawab itu.

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad turut berkata, dia tidak terasa hati dengan kata-kata sinis yang dilemparkan oleh segelintir pihak tatkala dia diberi tanggungjawab untuk mengendalikan acara berprestij itu.

Saya sentiasa bersikap positif dan berusaha memberikan yang terbaik dalam apa juga kerja dilakukan. Bila teringat semula pada peringkat awal pembabitan saya sebagai hos AJL, memang ada pihak yang mempersoalkan kenapa saya jadi pilihan.

Barangkali mereka berasakan saya tidak layak kerana AJL adalah anugerah berprestij dan pastinya memerlukan pengacara yang setaraf dengan statusnya.

Tapi, saya tak pernah berkecil hati atau simpan dendam terhadap individu yang mempertikaikan pemilihan saya. Bagi saya, sesiapa sahaja yang mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan harus diberi peluang untuk menjadi hos AJL. Ini kerana pentas AJL memainkan peranan dalam membentuk seseorang menjadi pengacara yang bagus.

Ujar Sherry lagi, AJL bukan sahaja mengasah kemahiran berinteraksi dengan audiens, bahkan mengajar dirinya lebih peka dan berfikir pantas dalam membuat keputusan.

Pernah berlaku selepas mengumumkan persembahan peserta seterusnya, tiba-tiba saya dapat isyarat daripada pihak produksi menyatakan artis belum bersedia kerana terdapat masalah teknikal.

Bila berlaku kejadian tidak diduga seperti itu, sebagai pengacara saya kena bertanggungjawab memastikan situasi terkawal.

Pengacara kena main peranan beritahu penonton, namun pada masa sama tak nampak janggal. Memang mencabar, namun itu adalah antara pengalaman perlu dihadapi bila mengacarakan program secara ‘live’.

Orang mungkin nampak tugas kami mudah, tapi hakikatnya sangatlah mencabar.

Sekadar info, selain Sherry, dua lagi personaliti terpilih adalah Fiza Frizzy dan Fizi Ali yang ditugaskan untuk mengendalikan acara permaidani merah.

The following two tabs change content below.

[ad_2]