Home Trending Ramalan AJL38: Pertarungan Vokal & Penampilan yang Akan Mencetuskan Fenomena! Bakal Menjadi Kejutan ‘Sutera’, Siapakah Calon Juara?

Ramalan AJL38: Pertarungan Vokal & Penampilan yang Akan Mencetuskan Fenomena! Bakal Menjadi Kejutan ‘Sutera’, Siapakah Calon Juara?

0
Ramalan AJL38: Pertarungan Vokal & Penampilan yang Akan Mencetuskan Fenomena! Bakal Menjadi Kejutan ‘Sutera’, Siapakah Calon Juara?

[ad_1]



Debaran kian terasa! Menjelang malam final Anugerah Juara Lagu ke-38 yang bakal berlangsung esok di Axiata Arena, Bukit Jalil, ramai nampaknya dah tak sabar melihat persembahan artis kegemaran mereka.

Sejak beberapa tahun lepas, rata-rata netizen sudah bijak membuat ramalan mengenai lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara.

Ini kerana, keputusan tersebut bakal dilakukan sepenuhnya oleh barisan juri yang dilantik untuk menilai persembahan dan vokal para finalis yang bertanding. Namun begitu, ini merupakan ramalan untuk tahun ini.

Persembahan terbaik – Sutera/Aisha Retno

Untuk kategori persembahan terbaik, Aisha dilihat mempunyai peluang yang cukup besar sekiranya perancangannya untuk membuat kejutan pada malam itu berjaya. Pada masa yang sama, lagu ‘Kalam’ nyanyian Shiha Zikir dipercayai akan memberi saingan sengit dari segi persembahan malam itu nanti.

Menerusi temu bual bersama Aisha berkata, dia bakal melakukan pelbagai kejutan untuk peminatnya pada malam tersebut.

Insya-Allah saya akan bawa 30 orang penari untuk sama-sama di atas pentas. Lain-lain saya masih nak rahsiakan lagi. Nantikan. Saya pun ada gimik yang saya pun takut nak buat. Agak tertekan sebab ini kali pertama saya sertai jadi banyak benda nak buat.

Vokal terbaik – Astana/Ernie Zakri

Untuk kategori vokal terbaik, Ernie Zakri antara finalis yang diramalkan akan meraih anugerah tersebut. Meskipun susah untuk pihak membuat ramalan, kami yakin Aina Abdul dan Marsha Milan bakal memberikan saingan yang sengit buat Ernie nanti.

Tempat ketiga – Hasrat/Amir Jahari

Walaupun berat untuk kami menulis namun harus diakui lagu ‘Hasrat’ mempunyai kekuatan tersendiri dari segi susunan muzik dan lirik. Bukan itu sahaja, gaya ‘bersahaja’ Amir setiap kali melakukan persembahan dikatakan mampu mencipta fenomena pada AJL kali ini.

Di samping lagu ‘Hasrat’, peluang untuk ‘Santai’ meraih tempat ketiga turut diramalkan. Ini kerana, persiapan yang dilakukan oleh Naqiu sejak Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 dilihat sangat konsisten dan bakal mengejutkan ramai penonton yang menyaksikan anugerah tersebut.

Tempat kedua – Jangan Mati Rasa Itu/Aina Abdul

Selain ‘Astana’ Ernie Zakri, lagu ‘Jangan Mati Rasa Itu’ nyanyian Aina Abdul dijangka mendapat tempat pada malam anugerah tersebut.

Pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani ini memberitahu, AJL kali ini merupakan tahun kelima buat dirinya. Oleh sebab itu, dia bakal memberikan kelainan dan melakukan yang terbaik buat peminat.

Ujar Aina lagi, peminatnya tidak perlu berasa risau kerana dia akan memastikan kesihatannya berada dalam keadaan baik sehingga menjelang malam kemuncak AJL 38 meskipun menerima pelbagai undangan sejak kebelakangan ini.

Juara – Sutera/Aisha Retno

Muzik sememangnya universal dan bahasa yang digunakan dalam sesebuah lagu tidak pernah menjadi penghalang untuk penggiat seni muzik berkongsi intipati sesebuah karya.

Lagu ciptaan Aisha dan MFMF itu dijangka mencetuskan fenomena untuk AJL38 nanti.

Di samping itu, menerusi pemerhatian pihak , lagu ini meraih banyak tontonan di Youtube dan sering menjadi pilihan pendengar di corong-corong radio.

Bukan itu sahaja, min dengar kelab peminat Aisha bersepakat memilih tema jawa dan menyediakan pelbagai kelengkapan dari Indonesia dan China bagi memberi sokongan terhadap artis kesayangan mereka itu nanti.

The following two tabs change content below.

[ad_2]