[ad_1]
Isteri pelakon Aman Graseka iaitu Reena Arina tampil menafikan dakwaan mengadakan cerita anak mereka sakit dan sedang ditidurkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
Artikel berkaitan: ‘Ramai Rakan Artis Telefon Saya Mengadu Hal Ini’ – Sharifah Shahira Gesa Aman Graseka Tampil Beri Penjelasan
Artikel berkaitan: ‘Itu Bukan Dia, Ini Perbuatan Scammer Dalam Rumah Sendiri’ – Mas Idayu Percaya Aman Graseka Dikawal?
Artikel berkaitan: Ellie Suriaty Dakwa Aman Graseka Hilang ‘Job’ Sebab Isteri – ‘Dia Tak Bagi Berlakon & Suruh Duduk Kampung’
Anak ditidurkan selepas diserang sawan
Memetik laporan Berita Harian, Reena mendakwa anak keduanya yang berusia tiga tahun sudah empat hari ditidurkan selepas diserang sawan sejak Jumaat lalu.
Menurutnya, tujuan memaklumkan ke saluran radio itu hanya untuk meminta orang ramai mendoakan anak mereka dan bukan bagi tujuan minta bantuan.
Anak kami sakit, bukannya rekaan. Kami terkejut apabila ada laporan mendakwa kami menghantar pesanan kepada Sharifah Shahirah (Shiera) meminta bantuan.
Shiera memaklumkan melalui radio (Suria FM) meminta orang ramai mendoakan anak kepada Aman kembali sihat, tetapi, bukan minta bantuan.
Disebabkan pernah tular kisah kami yang berpunca daripada ‘scammer’, ramai orang sudah tidak percayakan kami apabila perkara betul seperti ini berlaku.
Cuaca panas di Kedah
Reena mendakwa keadaan anaknya itu mungkin berpunca daripada strok haba berikutan cuaca di Kedah yang sangat panas.
Tambahnya, sebelum dihantar ke HSB, anaknya telah dibawa ke unit kecemasan di Hospital Baling.
Disebabkan anak saya tidak beri tindak balas, doktor maklumkan kepada kami anak terpaksa ditidurkan sebab takut jangkitan kuman merebak ke kepala.
Jadi, kami putuskan untuk tidurkan anak dan bawa ke HSB. Ketika ini, anak masih ditidurkan agar dia dapat berehat. Namun, saya tegaskan, kami tiada minta bantuan Shiera.
Tetapi, kami ada minta bantuan kerajaan negeri membiayai kos penginapan kerana kami perlu berada di Alor Setar. Kami tidak dibenarkan menunggu anak di unit rawatan rapi (ICU) di hospital terbabit.
Terdahulu, Shiera membuat perkongsian menerusi akaun Instagram miliknya mengenai kesusahan menimpa Aman dan meminta bantuan agar pelakon senior itu tidak lagi meminta wang daripada rakan industri seni.
[ad_2]