[ad_1]
Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar tidak bersetuju dengan ‘cinta lokasi’ melibatkan selebriti yang sudah berumah tangga.
Sangat ‘unhealthy’
Ketika ditemui , Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz berkata, cubaan untuk terlalu menjiwai watak sehinggakan bermesej sampai ke rumah dianggap sebagai satu perkara yang tidak manis untuk keharmonian perkahwinan.
Isu (cinta lokasi) ini sememangnya dah wujud lama sejak dulu lagi.
Kadang-kadang hero atau heroin sesebuah drama ini terbawa-bawa dengan watak yang mereka bawa sampaikan bertukar hantaran mesej bila balik rumah.
Kalau masih bujang tak ada masalah nak buat macam itu tetapi kalau dah kahwin lepas itu bermesej pula dengan hero atau heroin drama, saya rasa itu adalah satu perkara yang ‘unhealthy’.
Shah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi baju raya terbaharu Qierahman yang diadakan di Akarr Cafe, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada Selasa.
Walau bagaimanapun, Shah tidak menafikan isu ‘cinta lokasi’ ini memberikan kelebihan buat para pelakon untuk menambahkan lagi keserasian mereka untuk berlakon bersama namun perlu sentiasa mengawal batas antara mereka.
Sebenarnya isu ini ada kebaikan dia juga di mana pelakon itu akan menjadi lebih serasi dan menonjolkan lakonan yang mantap apabila berlakon di hadapan kamera.
Bila adanya keserasian, nampak yang diorang ini ikhlas dan seakan betul-betul bercinta.
Tetapi, ia tertakluk ke atas individu itu sendiri sama ada nak terus berbuat demikian di luar set ataupun nak hentikan.
Tambah pelakon berusia 41 tahun itu lagi, dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak berbuat demikian dan sama sekali tidak menyokong perbuatan tersebut.
Dulu pun saya pernah lalu ‘cinta lokasi’ ini tetapi sekarang, cinta saya cuma pada isteri saya seorang sahaja.
Pada saya pula, kalau seseorang itu boleh hadap rasa pening kepala dan kecaman orang, teruskan berbuat demikian.
Tetapi, kalau anda sejenis orang yang tak boleh hadap dengan kecaman seeloknya janganlah.
[ad_2]