[ad_1]
Penyanyi, Adira Suhaimi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya selepas memuat naik satu hantaran menerusi TikToknya.
Adira hilang sabar?
@adira.suhaimi #fyp ? DJ SAH – Tiktok – Sarah Suhairi
Menerusi hantaran tersebut, Adira memuat naik video dirinya berjalan keluar dari sebuah kedai di sebuah pusat beli-belah sambil memegang kotak berupa barang permainan kanak-kanak.
Adira juga dilihat menulis kapsyen seakan sudah hilang sabar terhadap seseorang.
Menurut pelantun lagu ‘Ku Ada Kamu’ itu, dia tidak kisah sekiranya dituduh sebagai individu ‘terpaling’ jahat namun individu yang dimaksudkannya perlu juga menceritakan segala bentuk keburukan dan kejahatan yang pernah dilakukan terhadap orang lain.
Kalau mahu cerita pasal saya yang ‘terpaling’ jahat tak kisah. Tapi jangan lupa cerita jahat kau juga.
Janganlah kau saja yang terpaling tersakiti, kau lah mangsa dan semua kau lah.
Tambah Adira, dia sudah lama berdiam diri dan mencabar individu berkenaan untuk tampil berdepan daripada terus bercakap di belakangnya.
Awas ya! Lama juga saya diam. Jangan berani di belakang sahaja, kalau berani jumpalah saya depan-depan.
Hantaran tersebut pastinya meraih perhatian wargamaya yang tertanya-tanya kepada siapakah kapsyen tersebut ditujukan.
Menjengah ke ruangan komen, wargamaya turut memberikan kata semangat buat Adira untuk terus kuat menjalani ujian kehidupan.
Komen netizen
[ad_2]