Home Berita Penyedarnya: Kesedaran Penduduk Terhadap Tanda Awal Tanah Runtuh Perlu Ditambahbaik – Jabatan Bomba

Penyedarnya: Kesedaran Penduduk Terhadap Tanda Awal Tanah Runtuh Perlu Ditambahbaik – Jabatan Bomba

0
Penyedarnya: Kesedaran Penduduk Terhadap Tanda Awal Tanah Runtuh Perlu Ditambahbaik – Jabatan Bomba

[ad_1]

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan terdedah kepada ancaman tanah runtuh atau banjir lumpur supaya sentiasa peka terhadap perubahan struktur tanah di kediaman mereka.

Ketua Bomba Zon Sibu Andy Alie berkata terdapat beberapa tanda awal yang boleh dikenal pasti iaitu keretakan pagar, dinding dan tiang rumah; pokok condong atau beralih; terdapat tanda hakisan atau rekahan pada cerun atau lereng bukit dan terdapat air keluar dari permukaan tanah.

Tanda awal lain katanya adalah berlakunya kebocoran atau saluran paip air pecah; rekahan pada tanah atau asas rumah; pokok tumbang menunjukkan akar tidak lagi mencengkam tanah dan retakan atau pergerakan pada permukaan jalan raya.

“Sekiranya penduduk melihat tanda-tanda awal tersebut, sila lapor segera kepada pihak berkuasa dan Jabatan Kerja Raya untuk tindakan lanjut. Penduduk juga perlu sentiasa membuat pemantauan cerun-cerun di kawasan rumah panjang dan kediaman.

“Pada masa sama penduduk hendaklah sentiasa peka kepada keadaan cuaca hujan lebat atau hujan berterusan melebihi dua jam khasnya di kawasan lereng bukit atau di kaki bukit atau kawasan yang terdedah kepada ancaman tanah runtuh atau banjir lumpur,” katanya kepada Bernama.

Andy berkata penduduk kawasan terjejas turut diingatkan untuk tidak menghampiri lokasi tanah runtuh dan berpindah segera jika berlakunya tanah runtuh serta menjauhi benteng, pokok, tiang atau apa sahaja peralatan infrastruktur yang berkaitan elektrik.

Isnin lepas dilaporkan tiga buah rumah panjang di Nanga Mukeh, Katibas dalam daerah Song iaitu Rumah Kutak Mugang sepanjang 19 pintu, Rumah Matahari (14 pintu) dan Rumah Monica Nyanggau (19 pintu) terjejas akibat kejadian tanah runtuh.

Akibat bencana itu panel solar berhampiran Rumah Kutak terbakar namun berjaya dipadamkan penduduk dan berlakunya limpahan air ke sebuah rumah sekali gus menyebabkan banjir lumpur.

[ad_2]