Home Trending Menyelami Keunikan Ramadan! TV AlHijrah Hadir Dengan 22 Program Berbeza, 141 Jam Bacaan Al-Quran & Drama Terbaru Imam Al-Syafie

Menyelami Keunikan Ramadan! TV AlHijrah Hadir Dengan 22 Program Berbeza, 141 Jam Bacaan Al-Quran & Drama Terbaru Imam Al-Syafie

0
Menyelami Keunikan Ramadan! TV AlHijrah Hadir Dengan 22 Program Berbeza, 141 Jam Bacaan Al-Quran & Drama Terbaru Imam Al-Syafie

[ad_1]



TV AlHijrah

Menjelang bulan Ramadan yang bakal disambut pada 12 Mac ini, stesen TV AlHijrah tampil menyajikan pelbagai program menarik buat penonton setianya.

‘Ramadan Mentadabbur Keindahan’

TV AlHijrah

Dengan tema ‘Ramadan Mentadabbur Keindahan’, TV AlHijrah telah menyusun lebih 22 program menarik dan bermanfaat untuk mendidik jiwa dengan ilmu, dakwah serta hikmah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar menyeru kepada semua pihak khususnya para penonton untuk bersama-sama melipat gandakan doa dan munajat agar terus dikurniakan nikmat iman dan Islam.

Peranan TV AlHijrah sebagai salah sebuah agensi Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) adalah untuk memberikan pendidikan kemasyarakatan kepada masyarakat agar saling berkasih sayang serta bantu membantu sepanjang bulan mulia ini.

Adalah menjadi hasrat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk terus melihat stesen TV AlHijrah sebagai sebuah stesen terulung dalam menyebarkan nilai-nilai Islam yang rahmah serta mesej-mesej kerajaan khususnya agenda membangun Malaysia MADANI. Syukur Alhamdulillah, berkat kerja kuat serta kesungguhan seluruh warga TV AlHijrah, stesen ini sentiasa mendapat kepercayaan tinggi rakyat.

Pada Ramadan 2023 yang lalu, jumlah tontonan di stesen TV AlHijrah adalah sebanyak 6.4 juta tontonan. Bagi tahun ini, sasaran peningkatan tontonan meningkat sebanyak 10 peratus, melonjak kepada 7 juta tontonan sepanjang Ramadan.

Pada Ramadan tahun ini, TV AlHijrah akan menyiarkan sebanyak 22 rancangan Istimewa buat penonton. Pecahannya adalah 20 rancangan penerbitan dalaman dan syndicated seperti Apa Cerita Kome bersama Ustaz Dato’ Mohd Kazim Elias, Ihya Ramadan, Ibrah Ramadan, Camca, Sembang Moreh, Peristiwa Ramadan, Ayat Riwayat Risalah Anbiya dan banyak lagi. Manakala, terdapat satu program branded content iaitu Ehsan.

Mohd Na’im berkata demikian pada majlis sidang media perasmian Pelancaran Program Ramadan Mentadabbur Keindahan TV AlHijrah yang berlangsung di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, pada Khamis.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi TV AlHijrah, Mohd Khair Ngadiron dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.

Dalam pada itu, Mohd Na’im menyatakan buat pertama kalinya TV AlHijrah akan menyiarkan drama bersiri Arab yang memaparkan kisah perjalanan hidup seorang daripada empat tokoh imam mujtahid masyhur yang membangunkan empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam iaitu Imam Al-Syafie.

Drama Risalah Imam Al-Syafie ini akan disiarkan sebanyak 30 episod siaran, setiap hari, jam 6 petang. Selain itu, dua filem terbaik Ramadan yang akan ditayangkan adalah Imam dan Perjalanan Pertama. Filem Imam adalah filem tempatan yang diterbitkan pada tahun 2023 arahan Mior Hashim Manap yang merupakan adaptasi novel bertajuk sama oleh novelis, Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

Tambahnya, dalam memastikan anak-anak muda digerakkan agar memahami dan menghayati al-Quran, TV AlHijrah juga memperuntukkan 141 jam siaran, bagi menyiarkan empat rancangan istimewa bernadakan kalam suci Ilahi. Rancangan-rancangan tersebut adalah Syahadah al-Furqan, Khatam Ramadan, Tadarus Quran@114 dan Kapsul Taranum Challenge.

Kerjasama dengan KTMB

TV AlHijrah

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, buat pertama kali juga, TV AlHijrah bekerjasama dengan syarikat Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dilihat mampu menarik lebih ramai penonton menyaksikan stesen tersebut.

Kami merupakan stesen media pertama yang bekerjasama dengan ETS KTM dan meletakkan TV AlHijrah dalam train. Kalau dilihat ETS sekarang mendapat tempat semula oleh pengguna dan jumlah pengguna juga meningkat seperti laporan yang diterima.

Oleh itu, kerjasama selama setahun ini dapat mempromosikan TV AlHijrah kepada orang ramai sekali gus sebagai salah satu medium dakwah dan berharap dapat memberi manfaat kepada penggunanya. Akan ada juga beberapa program yang akan melibatkan ETS train sepanjang bulan Ramadan dan bulan-bulan seterusnya.

The following two tabs change content below.

[ad_2]