[ad_1]
Pelakon yang terkenal dengan drama siri popular ‘Squid Game’, Oh Young Soo didapati bersalah melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelakon wanita.
Penjara lapan bulan
Memetik laporan portal MSNBC, atas kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan ke atas Yong Soo.
Bukan itu sahaja, mahkamah juga menetapkan pelakon berusia 79 tahun berkenaan menjalani tempoh pemerhatian selama dua tahun serta perlu melengkapkan program rawatan selama 40 jam.
Walau bagaimanapun, Yong Soo dilaporkan bakal mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut atas faktor usianya yang semakin meningkat.
Pada November 2022 lalu, Yong Soo didakwa melakukan perbuatan yang tidak senonoh dengan cara memegang tubuh dan mencium pipi seorang pelakon wanita pada tahun 2017.
[ad_2]