Home Trending [VIDEO] Mengapa Kita Harus Sentiasa Menjaga Solat?

[VIDEO] Mengapa Kita Harus Sentiasa Menjaga Solat?

0
[VIDEO] Mengapa Kita Harus Sentiasa Menjaga Solat?

[ad_1]



Tak kira bagaimana pun keadaan seseorang Muslim itu, wajib untuknya mendirikan solat yang menjadi rukun kedua dalam Rukun Islam.

Namun, sering kali kita lihat kebanyakan manusia mengambil enteng tentang isu ini dan sewenang-wenangnya meninggalkan perkara yang dituntut itu.

Tetap solat walaupun serba kekurangan

Terbaharu, tular satu video yang dimuat naik pengguna bernama @bckupacc99 yang pastinya akan menyentuh hati wargamaya yang melihatnya.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki yang tetap mengerjakan solat meskipun dia tergolong dalam Orang Kurang Upaya (OKU).

Lebih mengagumkan, lelaki tersebut tetap berdiri teguh tanpa menggunakan alat bantuan seperti kerusi untuk mengerjakan solatnya.

Apa lagi alasan kita untuk terus-terusan meninggalkan solat? Syurga lah tempatnya.

Hantaran tersebut pastinya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya kagum melihat semangat yang ditunjukkan individu berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan individut tersebut.

Komen netizen

The following two tabs change content below.

[ad_2]