Home Berita Serbuan Polis Terhadap Pelacuran Termasuk Medan Selera: 11 Premis Diserbu

Serbuan Polis Terhadap Pelacuran Termasuk Medan Selera: 11 Premis Diserbu

0
Serbuan Polis Terhadap Pelacuran Termasuk Medan Selera: 11 Premis Diserbu

[ad_1]

Polis menahan 47 individu termasuk 39 warga asing dalam serbuan terhadap 11 premis disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua ditahan dalam Op Noda bermula 2.50 petang hingga 11 malam itu terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita tempatan serta 14 lelaki dan 25 wanita warga asing berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun.

Beliau berkata premis berkenaan melibatkan tujuh rumah urut dan masing-masing dua premis pelacuran serta medan selera.

“Beberapa barangan turut dirampas dalam operasi itu antaranya 20 kalung bunga, minyak urut, tujuh keping iklan pakej urutan, telefon bimbit dan wang tunai RM4,730,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata siasatan awal mendapati modus operandi premis terbabit adalah menyediakan kalungan bunga kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.

“Pelanggan akan membayar harga tertentu sebelum membawa keluar wanita warga asing bagi tujuan perkhimatan seks,” katanya.

Beliau berkata kesemua yang ditahan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 55B dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

[ad_2]