Home Trending Teguran Dahlia Rizal: Berperilaku Lebih Beradab dengan Tidak Menarik Tangan dan Pegang Kulit Muka Saya

Teguran Dahlia Rizal: Berperilaku Lebih Beradab dengan Tidak Menarik Tangan dan Pegang Kulit Muka Saya

0
Teguran Dahlia Rizal: Berperilaku Lebih Beradab dengan Tidak Menarik Tangan dan Pegang Kulit Muka Saya

[ad_1]



Pempengaruh media sosial terkenal, Dahlia Rizal memberi pesanan kepada pengikutnya untuk lebih beradab apabila minta untuk bergambar.

Artikel berkaitan: Dahlia Rizal Beri ‘Greenlight’ Imran Aqil Kahwin Dua – ‘Kena Lagi Lawa Daripada Saya’

Artikel berkaitan: [VIDEO] Dahlia Rizal ‘Angkut’ Mercedes-Benz, Dr Say Shazril Dedah Pendapatan ‘Influencer’ Boleh Cecah RM100,00 Sebulan

Ditarik secara tiba-tiba

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Dahlia akui kurang selesa dengan sikap sesetengah peminat yang hendak bergambar sehinggakan menarik tangannya secara tiba-tiba.

Malah, ada yang bertindak menyentuh kulit wajahnya tanpa kebenaran.

Saya nak ingatkan kepada pengikut saya tentang batas antara saya dan kalian.

Beberapa bulan lepas, saya ada melalui benda ni banyak kali juga yang mana orang yang saya jumpa nak bergambar akan tarik saya secara tiba-tiba dan bawa saya ke tempat dorang nak ambil gambar tanpa tanya saya dulu.

Ada juga yang terlalu teruja sampai siap pegang kulit muka saya untuk pastikan kulit saya ‘flawless’ ke tak dan ada yang genggam lengan saya kuat sangat untuk ambil gambar dengan saya.

Letak batas

Menurut Dahlia, dia sedar tanpa sokongan pengikutnya, dia tidak mungkin sampai ke tahap berjaya seperti sekarang namun dia menekankan perlu ada batas.

Sementara itu, isteri kepada bekas penyampai radio dan pelakon, Imran Aqil ini menghargai sekiranya pengikut meminta izin terlebih dahulu.

Macam kalian semua tahu, saya memang akan selalu okay kalau kalian nak bergambar atau berborak sikit tapi jangan buat saya tak selesa dengan semua tindakan itu.

Hanya sekadar tepuk bahu dan bertanyakan ‘hi nak bergambar boleh?’ sudah mencukupi.

Mohon pengikut faham

Katanya lagi, dia berharap perkara seperti itu tidak akan berulang lagi dan tidak melabelkan dirinya seorang yang sombong.

Saya harap kalian faham apa yang saya nak sampaikan. Apa-apa pun, saya sentiasa suka untuk berborak dan ambil gambar dengan kalian.

Saya tak marah cuma nak ingatkan saja, jangan pula anggap saya sombong atau tak nak terima ambil gambar. Tu bukan niat saya atau kenapa saya tulis kenyataan ini.

The following two tabs change content below.

[ad_2]